Blog

FESYEN-EHH !! APA BEZA KAIN PASANG BIDANG 45 DAN 60 NIEE !??

Hai semua, musim cuti sekolah mesti sinonim dengan kenduri-kendara. Kalau tengok dekat socmed mesti penuh dengan gambar orang kahwin, orang tunang. Jadi, bila dah ramai buat kenduri, mesti kita nak pergi dengan memakai baju baru kan ? Iyelah, nanti terjumpa kawan lama ke, takkan nak pakai baju yang sama je kan ? Nak-nak time kenduri lah ibarat kita buat reunion dengan kawan-kawan lama.

Kalau yang anak dara tu, mesti nak pakai baju lawa-lawa, cantik sebab mana tau nanti terjumpa jodoh..hehe

Walaupun kita nie datang sebagai tetamu je di majlis tersebut, mestilah kita pun nak tampil anggun, mewah dan eksklusif kan ?

Jadi, alang-alang korang nak pergi membeli kain pasang untuk buat baju baru, meh baca serba sedikit apa perbezaan bidang 45 dan 60. Ehh, jangan ingat tudung je tau ada bidang yang berbeza, kain pun ada tau ! Jangan tersalah beli.

Sumber: Google Images

#1 Tanya Pendapat Tukang Jahit

Sesungguhnya, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk tubuh anda. 

Sumber: Google Images

Hati-hati supaya tidak membeli kain yang sudah siap dipotong menerusi atas talian atau membeli melalui kiriman orang. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki badan yang gempal atau bersaiz besar kerana takut kain yang dibeli itu tidak mencukupi.

Oleh itu, pergi ambil ukuran badan di kedai siap-siap dan tanya pendapat tukang jahit. 

Sumber: Google Images

Perlu diingat, setiap rekaan pakaian mempunyai teknik dan cara jahitan yang berbeza. Penggunaan kain juga adalah berbeza dari satu rekaan dengan rekaan yang lain.

Sebaiknya pergi ke kedai kain dan beli sendiri mengikut kehendak si tukang jahit. Lebih-lebih lagi jika anda hendak menjahit pakaian unik selain baju kurung seperti dress atau jubah.

#2 Dress atau Baju Kurung?

Ketahuilah bahawa jika anda membeli kain bidang 45, kebiasaannya ia hanya cukup untuk membuat pakaian seperti kurung atau kebaya.

Sumber: featherandstitch.com

Manakala, kain yang mempunyai bidang 60 adalah sesuai untuk membuat dress seperti dress labuh atau jubah.

Sumber: intrend.com.my

Sebaiknya jika bakal pengantin mahu mencari kain untuk busana resepsi atau nikah, beli sahajalah kain bidang 60 ini kerana ia sesuai untuk dibuat baju yang pelbagai… Bak kata nenek-nenek kita “baju fesyen”. Dengan itu, masalah kekurangan kain boleh diselamatkan. Lebih-lebih lagi jika kain itu debeli dari luar negara. Kalau tak cukup mana nak cari?!

#3 Nak Beli Ikut Ela atau Meter?

Tubuh badan orang dewasa lazimnya memerlukan 4 meter kain. Baik menggunakan bidang 45 atau bidnag 60,  kedua-dua bidang kain ini diperlukan sebanyak 4 meter.

Jangan pula beli bidang 60 tapi hanya beli 3 setengah meter! Bidangnya memang lebih besar daripada bidang 45 tetapi sukar untuk tukang jahit memotong pola kain tersebut mengikut rekaan yang diminta nanti.

Sumber: wikimedia.org

Dinasihatkan supaya tidak terbeli kain 4 ela kerana 4 ela cuma bersamaan 3.6 meter kain sahaja… ada ½ meter kain lagi yang tidak mencukupi. 

#4 Tahu Bentuk Badan Anda

Anda sudah bertanya kepada tukang jahit anda, tapi anda lebih tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai anda gayakan. Pasti anda tak nak kelihatan seperti ‘nangka barut’ kan ? Agak tidak cantik apabila seseorang memakai pakaian yang membalut tubuh kerana pasti akan menunjukkan lemak-lemak yang berkumpul..hehe

Bagi kain pasang Noor Arfa, kami menjual bidang 45 dan juga bidang 60. Manakala kain sarung pastel Noor Arfa, kami hanya bidang 45 sahaja.

sumber : wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *