Blog

FESYEN-BATIK PASTEL JADI PILIHAN GADIS TERENGGANU

Dalam memartabatkan batik rekaan tempatan, jenama Noor Arfa mengambil inisiatif mempamerkan keistimewaan Batik Pastel Noor Arfa bersempena dengan Pesta Konvokesyen UMT 2019 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu, Gong Badak.

Seleksi fabrik batik pastel hasil cetusan idea dari pereka Batik Noor Arfa diterjemahkan menjadi helaian busana sedia pakai untuk pelajar UMT yang terlibat dalam membuat fashion show. Seramai 12 orang pelajar UMT yang terlibat dalam memperagakan rekaan busana dari Noor Arfa.

Persembahan fashion show ini dilakukan dalam slot Kenali Batik Canting dan Songket iaitu terdapat satu segmen Pertandingan Peragaan Batik. Busana Batik Noor Arfa diberi keutamaan untuk diperagakan sebagai pembuka tirai sebelum pertandingan bermula.

Kain Sarung Sri Puteri
Kain Sarung Sri Terengganu
Kemeja YSUKU
Kain Sarung Sri Terengganu
Kain Sarung Sri Pasha Turq
Kain Sarung Sri Terengganu
Dari Kiri : Cardigan Emery, Kain Sarung Sri Puteri, Kain Sarung Sri Terengganu
Cardigan Emery
Dari Kiri : Cardigan Emery, Kain Sarung Sri Terengganu, Kain Sarung Sri Puteri

Segala busana Batik Noor Arfa yang diperagakan oleh 12 orang pelajar UMT tersebut adalah daripada koleksi Batik Pastel Noor Arfa.

Koleksi Batik Pastel Noor Arfa ini boleh didapati di semua cawangan Noor Arfa yang berdekatan bersempena dengan Jualan Akhir Tahun 2019 yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2019.

Fashion show busana Batik Pastel Noor Arfa

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *