Blog

FESYEN – ‘ARABESQUE’ KOLEKSI ISTIMEWA SEJARAH SENI BINA ISLAM

Hai, apa khabar ? Salam 2020. Selamat tahun baru penulis ucapkan kepada batik lovers. Tahun dah baru jadi aura pun haruslah aura baru yang dipenuhi dengan azam dan semangat yang baru..hehe

Asyik baru je kan ? Hah, kenapa asyik sebut baru je nie ? Kalau korang nak tahu, sekarang nie di Noor Arfa, kami ingin memberitahu kepada korang semua yang kami ada baby baru..hehehe. Baby baru ? Noor Arfa ambil anak angkat ke ? Taklah. Bukan anak angkat tapi produk baru. Baiklah, tanpa berselindung lagi penulis nak bagitahu yang sekarang ini kami akan melancarkan Koleksi Arabesque sempena tahun 2020.

Koleksi Arabesque ini terdiri daripada poncho,blouse dan kaftan. Kenapa nama Arabesque ? Apa yang istimewanya ? Jom penulis cerita serba sedikit tentang Arabesque nie.

Haaa! Kalau korang semua nak tahu, Arabesque merupakan perkataan Itali yang berasal daripada perkataan arabesco. Ia merujuk kepada motif hiasan daun acanthus yang menghiasi salah satu tiang seni bina di Itali sekitar abad ke-9😱

Corak Arabesque juga sering dikaitkan dengan Islam dari segi falsafah bentuknya. Corak geometri yang berulang di dalam motif tersebut melambangkan proses yang berterusan dan tidak mempunyai punca. Ini dikaitkan kepada sifat Allah SWT yang tiada awal dan akhir.

Menarik kan ? Jadi bertetapan dengan simbolik kepada motif Arabesque, Noor Arfa tertarik untuk mengeluarkan KOLEKSI KHAS sempena menyambut kedatangan tahun 2020 sebagai tanda kepada permulaan yang baru. Jom cuci mata dengan KOLEKSI ARABESQUE yang terbaru dari Noor Arfa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *