Blog

FESYEN-6 CARA PILIH KASUT TUMIT TINGGI BAGI NEWBIE

Hai Batik Lovers semua, mesti ramai wanita di luar sana yang teringin nak pakai kasut tumit tinggi tapi risau tersalah beli lah ! Tak sesuai dengan bentuk kaki lah ! Dan yang paling penting takut menyakitkan kaki apabila pakai. Jadi, mereka hanya memilih kasut seperti sneakers atau yang bertumit rendah kerana merasa lebih selesa.

Sebenarnya, pemakaian kasut tumit tinggi ini boleh memberi kesan aura positif tau ! Yakni, aura keyakinan diri yang tinggi bila pakai kasut tumit tinggi. Dari cara berjalan dan berpenampilan akan memberi imej yang positif dan menyakinkan kepada si pemakai.

Penulis tahu ramai yang nak pakai kasut tumit tinggi ini tapi tak tahu sama ada sesuai atau tidak. Yelaa, mungkin ada yang baru berjinak-jinak dengan pemakaian kasut tumit tinggi ini kerana tuntutan kerja kan ! Jadi jom baca 6 cara yang penulis akan kongsi untuk newbie

#1 Pilih kasut bertumit jenis bulat di bahagian depan, kerana struktur rekaan bulat di bahagian jari kaki akan membuatkan kaki anda rasa selesa. Berbanding menggunakan kasut tumit tinggi jenis pointy yang menyeksakan kaki!

Foto – Arkib Wanista

#2 Cari kasut bertumit tinggi tak lebih dari 2.5 inci! Buat yang baru belajar memakai kasut tumit tinggi, ketinggian seperti ini sangat sesuai untuk anda dan ianya selesa serta anda tidak perlu risau jika terjatuh!

Foto – Arkib Wanista

#3 Elak memilih kasut tumit tinggi jenis tumit yang terlalu runcing, halus dan terlalu lurus.

Foto – Arkib Wanista

#4 Wedges adalah kasut bertumit tinggi yang paling sesuai untuk newbie seperti anda! Tapaknya yang lebar dan tebal akan membuatkan anda rasa selamat dan berkeyakinan apabila memakainya.

Foto – Arkib Wanista

#5 Kasut tumit jenis Chunky atau Block merupakan antara kasut yang sesuai untuk newbie, kerana tumitnya yang tebal seperti tiang menjadikan ia kasut bertumit tinggi yang stabil dan selamat buat pengguna baru seperti anda!

Foto – Arkib Wanista

#6Trick mudah untuk menggayakan kasut tumit tinggi adalah dengan memilih ketebalan platform sepatu berkenaan agar tekanan pada kaki dapat dikurangkan pada masa sama, anda juga akan rasa lebih selesa dan stabil.

Image result for peep toe

Foto : Jimmy Choo

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat pada anda semua!

rujukan : Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *