Blog

FESYEN-11 GAYA REKAAN 2020 YANG BAKAL MEMIKAT HATI

Hai batik lovers, apa khabar ? Kali ini, penulis nak share pula tentang fesyen terhangat untuk tahun 2020 ! Bagi yang gilakan fesyen mesti ternanti-nanti fesyen apa yang terbaru untuk tahun 2020. Iyelah, takkan nak ketinggalan dari orang lain kan ? Mesti nak up-to-date

Rekaan-rekaan yang dihasilkan para pereka fesyen pasti menggegarkan industri fesyen tahun ini. Semua pereka fesyen akan berlumba-lumba menghasilkan fesyen yang terbaik bagi memastikan ia menjadi trend dan pilihan orang ramai

Jom tengok fesyen apa yang bakal trending untuk tahun 2020 ini.

#1 Kolar Disko

Tahun 2020 ini membawa kembali fesyen zaman 70an dengan rekaan kolar disko yang stailo berserta butang bulat yang besar. Kolar baju yang lebar dan besar ini, akan membuatkan si pemakai kelihatan klasik dan versatil!

Foto – Arkib Wanista

#2 Fesyen Crochet

Eh ini bukan fesyen mengkait untuk alas meja tau, ini fesyen yang menggunakan teknik mengkait untuk baju. Busana dengan rekaan fesyen crochet atau berkait ini, memberikan elemen nostalgia dan juga elegan.

Foto – Arkib Wanista

#3 Seluar Pendek Yang Kool

Nampaknya tahun 2020 ini akan memperlihatkan lebihnya fesyen-fesyen yang digayakan dengan seluar pendek atau hot pants. Fesyen hot pants ini nampaknya tetap menjadi fesyen yang digemari sepanjang zaman!

Foto – Arkib Wanista

#4 Warna-Warna Neon

Kamu suka busana-busana yang menggunakan warna-warna terang atau neon, jika ya. Kamu bertuah kerana tahun ini, fesyen pakaian dengan warna-warna neon antara salah satu yang bakal menjadi trending!IKLAN

Foto – Arkib Wanista

#5 Seluar Stail Bermuda

Inginkan penampilan lain dari yang lain, kamu boleh cuba gayakan seluar pendek tiga suku atau stail Bermuda ini untuk tampil kelihatan kasual dan ranggi. Wah, lain macam stail seluar Bermuda ni!

Foto – Arkib Wanista

#6 Bra-Tops Kembali Lagi

Tahun ini fesyen tops yang bakal menjadi popular adalah jenis bra-tops yang bukan saja memberikan elemen seksi tetapi ia juga memberikan elemen bold dan daring kepada si pemakai.

Foto – Arkib Wanista

#7 Fesyen Bertingkat

Siapa kat sini suka pakai dress labuh bertingkat atau skirt bertingkat. Berita baik untuk kamu, kerana rekaan fesyen bertingkat bakal mencuri tumpuan kamu tahun ini.

Foto – Arkib Wanista

#8 Corak Tema 60an

Nampaknya tahun ini fesyen wallpaper corak tema 60an bakal menjadi fesyen yang popular. Ianya bukan saja menampilkan fesyen bercorak klasik tetapi juga mengimbau kenangan silam gitu!

Foto – Arkib Wanista

#9 Bulu Burung Kembali Menyerang!

Fesyen busana yang menggunakan bulu rurung kembali lagi tahun ini. Penggunaan bulu burung yang gebu dan lembut ini pastinya menjadi pilihan kegemaran pencinta fesyen tahun ini.

Foto – Arkib Wanista

#10 Jaket Vest Stailo

Tak lengkap rasanya jika bergaya tidak menggunakan vest. Fesyen menggunakan jaket vest yang kool akan buatkan si pemakai tampak ranggi dan versatil. Tahun ini akan lebih ramai yang bergaya menggunakan jaket vest!

Foto – Arkib Wanista

#11 Batik

Walaupun batik merupakan seni warisan nenek moyang. Tapi, tidak dapat dinafikan bahawa batik boleh dipelbagaikan gaya rekaannya. Jadi, tidak hairanlah jika batik mendapat tempat di hati semua orang

rujukan : wanista

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *