Blog

FESYEN-10 GINCU SELEBRITI MALAYSIA BERTARAF ANTARABANGSA

Kini semakin ramai tidak kira selebriti atau orang biasa menceburi diri dalam bidang perniagaaan antaranya perniagaan kosmetik, kesihatan, makanan, peruncitan, teknologi dan banyak lagi sektor lain yang mendominasi di dalam pasaran tempatan.

Berbalik soal perniagaan, rata-rata ramai selebriti popular tanah air mencuba nasib dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan jenama sendiri. Mungkin kerana mereka adalah public figure jadi ramai yang ingin mencuba produk-produk mereka.

Foto – MAC Cosmetics

Antara produk kosmetik yang paling laris di hati pencinta kosmetik adalah lip matte! Ya, produk lip matte yang dihasilkan oleh selebriti Malaysia setanding produk selebriti luar negara. Jom kenali dan ketahui produk lip matte yang menjadi kegilaan ramai yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan.

Selebriti Malaysia Keluarkan Lip Matte Jenama Sendiri

#1 Tya Adnan

Produk lip matte dengan variasi warna-warna dari dua kategori iaitu something nude dan something earth yang dikeluarkan oleh Overpretty Cosmetics by Tya Adnan ini cukup popular dan digemari ramai. Dengan warna-warna lip matte yang lembut dan cerah sesuai dengan tona kulit wanita Malaysia.

Jenama: Overpretty Cosmetics

Foto : Carousell

#2 Yaya Zahir

Koleksi Mate Generation Lip Powder yang dikeluarkan oleh ASLY Beauty ini menampilkan enam pilihan warna gincu yang memukau pandangan mata. Enam warna gincu SHero, Survivor, Dreamer, Tough Cookie, BeYoutiful dan Rebel ini cukup menarik perhatian pencinta kosmetik!

Jenama: ASLY Beauty

Foto : Picdeer

#3 Izara Aishah

Tiga gincu seksi daripada Madame Izara ini cukup memukau mata! Gincu dengan warna rona terang dan dinamik ini memberikan aura seksi dan berkeyakinan buat si pemakai. Tak percaya, cuba pakai gincu ni. Gincu yang dikeluarkan ini memiliki tiga warna dengan nama Luth, Noah dan Harith. 

Jenama: Madame Izara

Foto : Carousell

#4 Siti Sarah

Wah, cantiknya warna!Tiga warna lip matte yang dikeluarkan oleh Ratasya Cosmetics ni memang meletop-letop rona warnanya. Sesuai sangat dengan tona warna kulit orang Malaysia kita ni. Tiga rona warna iaitu Klasik, Balada dan Pop Rock ini sangat popular di kalangan wanita! Agak-agak tak lama lagi keluar tak warna baru?

Jenama: Ratasya Cosmetics

Foto : Carousell

#5 Syatilla Melvin

Edisi Cekelat dengan dua variasi lip matte iaitu Jiwa dan Raga dengan dua warna yang pilihan bagi setiap variasi pek lip matte. Warna lip matte bagi Jiwa adalah Carol dan Diana. Manakala bagi pek Raga pula ia tampil dengan warna Mary dan DelailaLip matte dari jenama Kekasih ni memang best sangat dengan bau coklat yang menyelerakan!

Jenama: Kekasih Hq

Foto : Shopee Malaysia

#6 Hanis Zalikha

Produk terbaru daripada Hanis Zalikha C by Cakenis Lipbait ini hadir dengan 10 koleksi warna gincu yang menawan. Pastinya membuatkan bibir si pemakai tampak cantik dan memukau gitu! Tak percaya, kena cuba dulu baru tahu.

Jenama: Cakenis

Foto : Webspert-testserver

#7 Rita Rudaini

Selain daripada perniagaan kafe Rumah Kueh, aktres jelita ini juga mengeluarkan gincu jenama sendiri yang dikenali sebagai GincuGincu dengan empat rona warna iaitu SuperMom, Brave, Dangerous dan Dominate. Nak cantik seperti Rita Rudaini, jom guna Gincu-Gincu!

Jenama: GincuGincu

#8 Hunny Madu

Tampil dengan tujuh warna gincu iaitu Big Poppa, Valerie, 99 Problems, Go Hard, Kiss It Better, Hotel California dan Moondance. Menariknya nama produk gincu yang dikeluarkan oleh Madu Cosmetics ini di ambil menerusi lagu! Hebat bukan, malah warna-warna gincu juga sangat awesome.

Jenama: Madu Cosmetics

#9 Siti Nurhaliza

Gincu keluaran penyanyi terkemuka tanah air menampilkan pelbagai barisan warna gincu di dalam koleksi Simply Elegent Lipstick. Warna-warna gincu yang memukau jiwa dan mata di dalam koleksi tersebut sangat banyak sehingga rambang mata dibuatnya!

Jenama: SimplySiti

#10 Neelofa

Gincu keluaran pengacara Meletop menampilkan pelbagai barisan warna gincu di dalam koleksi . Warna-warna gincu yang memukau dan nama gincu yang diinspirasikan dari negeri kelahirannya sendiri, Kelantan Darul Naim sangat menarik perhatian para gadis di luar sana.

Jenama: Neelofa Lipmatte

Selain selebriti Malaysia, ramai juga founderfounder di Malaysia yang turut mengeluarkan produk kosmetik terutama lipmatte yang bertaraf antarabangsa seperti Sobella.

Jadi ada di kalangan kamu yang memiliki gincu dari jenama selebriti Malaysia kita.

rujukan : wanista

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *