Blog

Detik Hitam Wan Ariffin Dalam Perniagaan Batik

Nama Wan Ariffin sudah tidak asing lagi dalam industri Batik Malaysia. Apatah lagi kalau disoalkan tentang nama Noor Arfa. Sudah tentu ia berkait dengan produk batik yang original dan eksklusif. Popular dengan Batik Lukis Tangan atau pun Canting. Produknya sering menjadi bualan orang ramai.

Tapi, itu cerita yang orang nampak, bagaimana pula kisah di sebalik kejayaan beliau? Mari kita selami bersama. Menurut beliau, “Kalau bercakap pasal kenangan pahit ni, kita tak rasa mana sebab kita memang dah susah, kita mula dari kesusahan”.

Ada orang bagi dia dah susah, tapi bagi kita itu cabaran hidup, kita redah sahaja. Tapi kita bekerja kuat lah, siang dan malam kita kerja. Macam dari segi pinjaman pula, kita tak pinjam bank, kita guna duit yang ada. Maknanya, kita tak rasa susah mana lah, walaupun kesusahan itu ada.

Bila dah perniagaan berkembang dan besar ni baru kita rasa susah, masa sedang membangun dulu tak sesusah ini. Masa tahun 1986 dulu ekonomi Malaysia masa tu jatuh, tapi kita tak rasa susah mana sebab kita masih kecil masa itu. Syarikat besar yang lain memang rasa perit masa itu.

Tapi bila kita dah besar lepas itu, yang paling terasa susah pada tahun 1998, masa itu kita kena serangan ekonomi, mata wang kita jatuh dan agak mencabar lah. Kita ada berhutang dengan negara China masa itu, tpi memandangkan mata wang kita jatuh, kita terpaksa bayar lebih dari jumlah yang kita pinjam sebelum itu, bagi mencukupkan nilai hutang tersebut.

Kalau pinjaman bank pula, kita pernah tak boleh nak bayar hutang bank masa itu, tapi kita banyak barang dan stok sebab kuasa beli orang ramai masa itu menurun, orang tak ada duit nak belanja. Sampai tahu tahap, saya suruh bank ambil stok dan barang ni sebagai cagaran untuk bayar hutang.

Sebab kita kalau ada masalah dengan bank, kita tak lari tapi kita berdepan dengan cara baik. Kereta pun ada pernah kita tak boleh nak bayar, tapi bila bank tanya kita bagi kunci, kita bagitahu kereta simpan kat mana, roadtax pun kita tak mampu nak bayar, installment pun sama.

Tapi bank masa itu tak ambil lah yang kita tak mampu bayar, sebab kita beri semua maklumat kita dan kita tak lari. Kita pernah nak bayar gaji pekerja tak cukup duit. Kita bincang dengan pekerja untuk bekerja separuh bulan seorang. Gaji akan dapat 15 hari bekerja, pekerja bergilir-gilir lah, satu bulan 2 orang akan bekerja.

Masa itu, ada pekerja yang tak sanggup dia berhenti, dan ada juga yang kekal. Kita Tanya pula pekerja ada duit simpanan lebih tak, syarikat nak pinjam. Kita berjanji bila ekonomi dan pulih dan syarikat dah stabil, kita bayar balik dan kalau ada lebihan keuntungan kita bagi kepada pekerja.

Lepas itu alhamduillah, kita berjaya pulihkan kembali perniagaan kita, kita mampu bayar semula duit yang kita pinjam dari pekerja. Masa itu kita dapat keuntungan yang banyak, kita buat hari gembira, kita buat hari keluarga di Awana Kijal, kita sewa satu hotel.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *