Blog

Dekati Haiwan Untuk Kesihatan

Ramai yang tidak sedar bahawa membela haiwan peliharaan bukan sekadar memenuhi masa terluang atau dijadikan hobi, hakikatnya aktiviti itu mampu menjadi terapi kepada pelbagai masalah kesihatan terutama kepada golongan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, austime dan sindrown down.

Namun, masih ramai di kalangan ibu bapa tidak menyedari manfaat daripada membela haiwan peliharaan kepada kanak-kanak dalam membentuk sahsiah, mendidik serta merangsang emosi mereka secara lebih praktikal.

Hal ini kerana, kewujudan pelbagai jenis gajet elektronik seperti telefon pintar dan tablet yang disifatkan mesra pengguna (friendly user) dilihat menjadi medium pilihan utama golongan ibu bapa ketika ini yang seolah-olah meminggirkan kaedah semula jadi dalam mendidik anak-anak.

Malah ada satu ketika dahulu, wujud satu permainan yang bukan sahaja membolehkan kanak-kanak membela haiwan peliharaan mereka di alam maya malah boleh mengebumikan haiwan itu sekiranya mati.

Begitulah canggihnya perkembangan teknologi pada masa kini, namun itu tidak mampu menangani kemampuan kaedah secara alami memandangkan jika disebut soal membela haiwan peliharaan pastinya faktor sentuhan dan belaian menjadi keutamaan bagi membolehkan kaedah yang dilaksanakan berkesan.

Terapi haiwan peliharaan atau dinamakan Animal Assisted Theraphy (AAT) merupakan satu kaedah terapi yang menggunakan haiwan peliharaan untuk memulih dan merangsang perasaan atau emosi pesakit melalui interaksi bersama haiwan sama ada untuk golongan warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

Malah, ada kajian lain mendapati membela haiwan peliharaan dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, merendahkan kolesterol serta menaikkan tahap hormon serotonin dan dopamine iaitu sejenis hormon yang membantu pesakit menjadi tenang dan santai.

membela haiwan peliharaan bukan sahaja salah satu terapi yang terbaik kepada kanak-kanak, malah satu kaedah paling berkesan dalam merangsang perkembangan minda mereka. Penggunaan haiwan hidup sebagai teman membolehkan kanak-kanak meneroka kehidupan dan mendedahkan mereka kepada alam realiti berbanding permainan alam maya.

Mempunyai haiwan peliharaan bukan sahaja memberikan struktur atau rutin hidup yang baik kepada kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama haiwan berkenaan malah memberi mereka pendedahan baharu tentang kewujudan hubungan haiwan dan manusia. Gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak juga dapat dipupuk apabila masa terluang bersama haiwan berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam hal ini, anda boleh menjalani terapi haiwan ini di Noor Arfa Craft Complex iaitu Mini Zoo yang terletak di ruangan FUNLAND. Terdapat pelbagai haiwan disini. Seperti Arnab, Burung, Landak dan Hamster. Semua jinak jinak tau. Anda buat terapi tapi kami yang jaga makan minum haiwan tersebut, menarik kan? Jangan lupa singgah di Funland kami!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *