Blog

Darah Usahawan Mengalir Dalam Diri Wan Ariffin

Hye semua! Hari ini saya nak share tentang latar belakang keluarga pengasas Noor Arfa Batik iaitu Encik Wan Ariffin yang ramai tidak tahu. Anda yang baca ini memang bertuah lah kiranya. Hehe. Memang tak ada lagi story peribadi Wan Ariffin setakat ini. So, kita layan!

Menurutnya, datuk dan neneknya memang orang berniaga, tapi berniaga cara orang lama. Berniaga berlayar perahu besar. Berlayarnya memang jauh, sampai ke negara jiran iaitu Thailand untuk jual barang.

Sampai sana kita ambil garam, sebab sini dulu tak ada orang jual garam. Ramai saudara saya tinggal di Thailand. ‘Toki’ ataupun datuk sebelah mak saya berniaga kain masa zaman Jepun dulu, ayah saya kerja tukang kayu. Saya duduk asing dengan ayah dulu, saya duduk Terengganu manakala, ayah saya duduk di Dungun.

Nenek saya kerja buat kuih muih dulu, kuih tradisional. Nenek saya paksa saya hantar kuih ni di pasar-pasar, saya marah lah dulu sebab budak-budak kan macam kena paksa, padahal kita dapat ilmu berniaga di situ.

Petang saya pergi ambil duit, kira duit hasil jualan kuih, sebab tu saya lebih dalam bidang kewangan dan akaun ni, dari kecil dah kira duit. Yelah kan, dari kecil dah pegang duit, boleh tahan banyak juga duit tu. Walaupun memberontak pada asalnya, tapi bila dapat pegang duit puas hati rasa.

Sedara saya ada yang buat Batik, mereka nak tolong keluarga saya, mereka hantar pekerja mahirnya untuk ajar arwah emak saya buat Batik, sebab ayah saya minat tukang kayu. Emak saya lah belajar buat batik dari pekerja mahir tersebut sampai pandai.

Jadi secara tak langsung saya lah kena hantar batik yang siap ni untuk dipasarkan. Masa itu saya sekolah lagi, tahun 70 an, tapi ditakdirkan Tuhan ambil nyawa arwah mak saya awal dalam tengah-tengah buat batik. Saya pun masih belajar lagi proses nak buat batik itu. Kiranya tak mahir lagi lah.

Jadi terhenti lah perniagaan batik arwah mak saya masa itu sebab arwah ayah saya tak minat batik. Masa itu tergendala lah operasi pembuatan batik. Ayah saya masih setia dengan pekerjaan tukang kayu. Saya masa itu memang dah ada minat dengan batik ini. Sebab selalu tolong arwah mak saya masa buat proses batik dulu.

Lepas habis sekolah, saya mintak kerja sebagai pembantu makmal dan dapat lah kerja itu, sebab ada pengalaman buat batik sedikit. Saya kerja kraftangan selama beberapa tahun, saya dapat banyak ilmu batik.

Sebelum ini saya mintak macam-macam sebab nak sambung belajar, ITM, Maktab Perguruan dan sebagainya tapi semua tak dapat, sebab Tuhan dah tetapkan saya dalam industri Batik. Akhirnya saya berdiri bersama industri batik seperti mana hari ini dan saya berasa sangat bangga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *