Blog

Dalam Tak Sedar, Anda Mungkin Seorang Pembunuh!

Boleh dikatakan sekarang berlaku lambakan batik Indonesia. Terutamanya baju kemeja batik lelaki yang kini tengah viral di media-media sosial. Kenapa kita nak agungkan produk batik luar sedangkan kita ada batik Malaysia? Kita sendiri yang menyebabkan ia suram dan mungkin akan mati terus!

Lebih baik kita mengutamakan corak atau design batik Malaysia itu sendiri. Seni itu indah bila kita sendiri yang mengindahkannya. Ini lah sebab utama Noor Arfa gerakkan kempen merancakkan seni batik Malaysia. Kami mulakan langkah dengan memperbanyakkan corak atau design batik Malaysia.

Nama Noor Arfa memang sudah tidak asing lagi dalam industri batik. Lebih 30 tahun dalam industri ini. Tanggungjawab memartabatkan seni batik dipikul dengan penuh kosisten. Pelbagai cara Noor Arfa lakukan untuk merancakkan seni batik Malaysia.

Proses Pembuatan Batik Terap di Noor Arfa Craft Complex (NACC)

Perlu diingatkan yang Noor Arfa sedang memelihara batik Malaysia dengan cara mengambil design- design batik original dan mencetak semula dengan  banyak. Dan ini adalah salah satu cara Noor Arfa menjaga seni warisan supaya terus dilestarikan. Langkah ini penting bagi mempromosi semula batik asli Malaysia di persada dunia.

Bagi menghasilkan produk batik dalan kuantiti yang banyak ini, Noor Arfa telah menggunakan kaedah lukis, scan dan print. Menggunakan mesin yang sama dalam industri tekstil untuk scan dan print design atau corak batik yang dilukis oleh pembuat batik.

Noor Arfa ingin bersaing dalam industri Tekstil dengan menggunakan teknologi terkini supaya batik ini terus relevan mengikut peredaran masa. Sebab untuk menghasilkan satu-satu design dengan kuantiti yang banyak memerlukan teknologi yang sama dengan tekstil iaitu scan dan print.

Noor Arfa juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada anak Melayu Terengganu khususnya. Di samping menjaga seni batik, Noor Arfa juga telah melengkapkan misinya untuk sediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Sebab kesan yang timbul bila teknologi terkini digunakan ialah ia memerlukan tenaga mahir untuk kendalikan operasi mesin tersebut.

Pada masa yang sama Noor Arfa tidak pernah sama sekali ‘melacurkan’ identiti seni batik original Malaysia. Malah, diangkat nilainya dengan meletakkan Batik Canting di ruangan yang eksklusif dan premium. Sebab itu harga untuk produk Batik Canting ini sedikit tinggi berbanding yang lain.

Proses Pembuatan Batik Canting di Noor Arfa Craft Complex

Noor Arfa menghargai karya pelukis Batik Canting ini di landasan yang selayaknya. Kerana untuk menghasilkan batik jenis ini memerlukan idea, kemahiran dan penilitian yang kuat. Tambah lagi Noor Arfa merupakan pencetus kepada Batik Lukis di Malaysia dan produk pertamanya juga Kaftan Batik Lukis yang dicanting sendiri oleh pengasasnya.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *