Blog

CERITA TUN MAHATHIR YANG RAMAI TAK TAHU

7 Januari 2019, hari Isnin, Tun Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah telah buat lawatan rasmi ke Terengganu. Sebenarnya dalam jadual beliau tak ada pun slot untuk hadir ke NACC. Korang mesti nak tahu kan macam mana individu penting dalam negara ni nak datang ke NACC?

Raja Batik Sarung Malaysia sendiri telah berjumpa direct dengan mereka berdua semata-mata nak pastikan beliau tahu status NACC di Noor Arfa. Kerana story di sebalik NACC ni  membuatkan beliau terpesona dan rasa nak datang ke NACC. Anda nak tahu tak story pasal Noor Arfa dan NACC ni? Apa kaitan dengan Tun Mahathir? Menarik taw!

Macam ini, dulunya pengasas Noor Arfa iaitu Wan Ariffin telah terpilih untuk program usahawan anjuran jabatan perdana menteri di Jerman! Masa itu zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4. Beliau pergi 3 bulan sana. Dengan harapan agar dapat ilmu dan pengalaman yang cukup untuk perniagaan.

Tun Mahathir memang nak sangat orang Melayu menjadi usahawan berjaya pada masa itu. Beliau galakkan bumiputera supaya mencipta peluang pekerjaan, bukan sekadar mencari pekerjaan. Dengan kempen ini beliau telah menyediakan pelbagai program usahawan berjaya termasuk yang pengasas Noor Arfa pergi di Jerman selama 3 bulan.

Pengasas Wan Ariffin ada menyatakan hasratnya untuk bina satu Kompleks Industri Batik yang besar di Terengganu. Beliau berjumpa sendiri dengan Tun Mahathir di Putrajaya. Membawa satu proposal lengkap yang menceritakan plan kompleks tersebut.

Akhirnya, pada 1 Januari 2008, NACC telah dibuka kepada orang awam dan perasmian telah disempurnakan oleh YDPA, Tunku Mizan Zainal Abidin pada 26 Jun 2008 semasa majlis mesyuarat Raja-Raja. Semua permaisuri seluruh Malaysia datang melawat NACC.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *