Blog

BUMI BATIK BERGEMERLAPAN CAHAYA

Terengganu sekarang semakin maju dek pembangunan yang semakin pesat. Terbaru adalah dengan pembinaan jambatan angkat. Namun, disebalik pembangunan yang semakin pesat, Terengganu juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Sumber FB

Buat kesekian kalinya, Fiesta Lampu Fantasi telah diadakan lagi di Terengganu. Penganjuran yang sudah memasuki tahun kedua ini dijangka  akan mendapat sambutan yang lebih  hangat berbanding sebelum ini kerana faktor lokaliti Fiesta Lampu kali ini yang lebih strategik dan berhampiran tempat tumpuan pelancong seperti Noor Arfa Craft Complex, Pasar Payang, Pulau Warisan, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi.

Penganjuran pertama kali telah diadakan di Stadium Gong Badak pada tahun 2018 dan pada tahun ini mereka kembali lagi ke Terengganu dengan membawa kelainan dari segi lokasi dan reka bentuk lampu yang lebih menarik.

Fiesta Lampu Fantasi ini telah diadakan di Dataran Shahbandar bermula dari 30hb Julai sehingga 19 Ogos 2019 dan dibuka dari pukul 5.30 petang sehingga 11.30 malam. Bagi mereka yang ingin memasuki tempat tersebut bayaran tiket sebanyak RM5 akan dikenakan.

Sumber FB

Uniknya, Fiesta Lampu ini kerana pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan lampu LED yang berbentuk replika seperti harimau, ikan lumba-lumba, burung merak dan naga.

Sumber FB

Menurut pihak penganjur, Fiesta Lampu-Lampu 2019 meneruskan siri jelajah mereka mengelilingi setiap negeri dan kali ini Dataran Shahbandar Kuala Terengganu menjadi destinasi pilhan.

Penganjuran Fiesta Lampu ini juga membuka peluang ekonomi kepada peniaga di sekitarnya dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri Terengganu secara amnya.

Semoga penganjuran Fiesta Lampu ini dijadikan aktiviti tahunan bagi Negeri Terengganu kerana boleh menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *