Blog

Bermula Modal 1k Kini Noor Arfa ke Persada Industri

“Perniagaan kita bersifat ada duit kita berkembang dan kita sentiasa berkembang. Bila pinjaman hendak habis bayar kita akan cari pinjaman baru. Sebab kita hendak jadi lebih besar. Kita tidak rasa macam cukup dengan apa yang ada sekarang, kita sentiasa hendak berkembang”.

Itu lah kata-kata tegas yang diungkapkan oleh bos besar yang juga merupakan pengasas Noor Arfa iaitu En.  Wan Mohd Ariffin Wan Long. Dari ungkapan ini, kita boleh detect aura positif sebagai seorang usahawan yang dahagakan peningkatan kemajuan

Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor Arfa ialah Kaftan Batik Canting.

Sumber modal permulaan bagi memulakan operasi perniagaan Noor Arfa adalah sebanyak 1 ribu ringgit sahaja bersumberkan modal simpanan sendiri dan juga pinjaman daripada ahli keluarga.

Sebenarnya modal permulaan bermula dari modal sendiri iaitu duit simpanan juga duit adik beradik sebanyak RM1,000 permulaan.

Kebanyakan pada peringkat awal kita menerima bantuan MARA, mereka banyak membantu usahawan. Kemudian, pada waktu dahulu Tun Mahathir dia memang banyak menaikkan usahawan tempatan, jadi bantuan diterima terutamanya dari segi pendidikan atau upgrade ilmu.

Seiring dengan perkembangan serta optimis dengan pencapaian demi pencapaian yang diperoleh, Noor Arfa sentiasa membuat pelaburan baharu bagi mengembangkan sayap perniagaan. Menerusi rancangan pelan pengembangan perniagaan secara berkala, Noor Arfa berusaha menggandakan jumlah cawangan yang sedia ada dari masa ke masa sesuai dengan pertumbuhan syarikat yang konsisten.

Oleh itu, dalam merealisasikan konteks pelan perniagaan jangka panjang tersebut, Noor Arfa mengamalkan pendekatan sentiasa berkembang maju bergantung kepada kemampuan kewangan semasa. Yang pasti organisasi Noor Arfa sentiasa dahagakan perkembangan mengikut arus semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *