Blog

Batik Search – 4 Tips Pilih Warna Baju Pengantin Sesuai Dengan Warna Kulit

Menjelangnya hari bahagia pasti pelbagai perkara yang terlintas difikiran dari pakaian hinggalah ke jenis makanan untuk tetamu nanti.  Pakaian itu sendiri mempunyai pelbagai jenis material, warna dan fesyen. 

Bakal pengantin pasti akan pening dibuatnya andai memikirkan soal warna yang sesuai untuk dipadankan dengan tona warna kulit kita agar kelihatan menyerlah dan tidak tenggelam di hari bahagia nanti. 

Tambahan pula, rakyat Malaysia sendiri memiliki tona warna yang pelbagai dan kebanyakannya adalah tona kulit yang dipanggil kulit cerah, kuning langsat, sawo matang dan berkulit gelap.

Usah pening-pening lagi mari baca entri ini dan mudahkan kerja anda untuk memilih warna baju yang sesuai.  Jom baca sekarang!

1.Tona Kulit Cerah

Berkulit putih gebu semestinya menjadi idaman setiap insan namun tahukah anda mengapa semua orang begitu mengimpikan berkulit putih?  Hal ini kerana apabila kulit putih memudahkan anda menyesuaikan dengan apa sahaja warna baju yang diinginkan. 

Warna-warna yang selalunya menjadi pilihan pengantin berkulit putih dan menyerlahkan lagi keanggunan anda di hari bahagia adalah warna seperti hijau zamrud,merah pekat, kuning pekat, merah strawberi, ungu pekat dan biru laut. 

Warna pastel yang lembut seperti pink lembut dan kuning lembut membuatkan anda kelihatan pucat dan kurang menaikkan seri.  Namun bagi menambahkan keserian anda boleh kombinasikan dengan warna emas atau kilauan perak untuk membuatkan anda kelihatan semakin berkilat.

Image result for baju pengantin warna hijau

2. Tona Kulit Kuning Langsat Atau Sederhana

Tona kulit kuning langsat ini kebanyakannya dimiliki oleh orang yang berada di Asia seperti Indonesia dan Malaysia.  Ramai yang beranggapan tona kulit sederhana ini amat sukar untuk memilih warna baju tetapi tahukah anda?

Tona kulit langsat ini sebenarnya sama sahaja dengan orang yang bertona kulit cerah iaitu mudah untuk menyeseuaikan dengan apa-apa warna baju sekali pun. 

Penggunaan warna merah jambu terang, hijau zamrud atau warna biru pasti nampak cantik.  Sebolehnya anda elakkan menggunakan warna yang cerah atau pastel kerana akan membuatkan wajah kelihatan kusam.

Related image

3. Tona Kulit Sawo Matang

Secara umumnya anda pasti akan keliru antara tona kulit kuning langsat dan kulit sawo matang.  Kulit jenis sawo matang ini turut terkenal di Asia seperti Malaysia dan Indonesia kerana kulit ini hanyalah gelap sedikit dari kulit yang bertona kuning langsat. 

Pemilihan warna baju pengantin juga tidaklah terlalu susah tetapi perlukan penelitian yang penting bagi menaikkan seri kerana jika tersilap langkah hari bahagia anda mungkin akan bertukar trajedi kerana salah memilih warna baju yang sesuai dengan kulit anda. 

Sebolehnya anda perlulah mengelakkan memilih warna-warna yang terlalu cerah dan pastel kerana ia akan menengelamkan impak seri pengantin anda itu nanti. 

Anda boleh memilih hijau zamrud, warna keemasan dan ungu cerah.  Jika ingin membuat pilihan selamat anda cuma perlu pilih warna putih gading kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih bersinar.

Image result for baju pengantin warna hijau

4. Tona Kulit Gelap Atau Hitam Manis

Anda tidak perlu risau jika anda mempunyai kulit yang gelap ini kerana kulit gelap juga mampu bersinar dengan pemilihan warna baju yang sesuai. 

Warna yang dikatakan sesuai dengan kulit anda adalah warna kontra dan warna terang tetapi anda haruslah berani untuk mengayakannya. 

Warna-warna terang seperti putih, kuning dan putih amat menyerlahkan kulit anda nanti.  Tona kulit ini sangat ramai di Negara India, Afrika dan terdapat juga di Malaysia.

Image result for gambar pengantin putih

Jangan ambil mudah mengenai pemilihan warna baju yang sesuai dengan tona kulit anda kerana pemilihan warna yang sesuai akan member impak buat anda pada hari bahagia. 

Namun jangan terlalu fokuskan warna baju yang sesuai hinggakan anda turut memilih teknik tatarias wajah yang salah.  Kerana tatarias wajah atau mekap yang betul juga mampu menaikkan keserian anda disamping pengabungan warna baju yang sesuai.  Semoga tips-tips ini mengubah anda menjadi sang bidadari di hari bahagia anda nanti.

4 thoughts on “Batik Search – 4 Tips Pilih Warna Baju Pengantin Sesuai Dengan Warna Kulit

  1. imi says:

    Wow! ni btul2 berguna ni

    1. noorarfa says:

      Jangan lupa untuk share taw

  2. Hamizah Zaki says:

    Comelnya pengantin..Sesuai tema warna dengan kulit warna pengantin…

    1. noorarfa says:

      Kalau dah sesuai tu haruslah Comel .. Cik Mizah bila lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *