Blog

Batik Search – Menarik, Bazaar Kahwin Akan Dijadikan Acara Tahunan Terengganu

Kerajaan Terengganu akan berusaha untuk memastikan bazaar perkahwinan dijadikan sebagai acara tahunan di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, baazar yang dijalankan itu merupakan kali yang kedua diadakan selepas yang pertama pada tahun lepas.

Jelasnya, bazaar yang diadakan itu membuka banyak peluang kepada usahawan dan juga bakal-bakal pengantin untuk mencari dan memilih pakej perkahwinan yang terbaik.

“InsyaAllah saya melalui jawatankuasa keusahawanan akan memberi kerjasama agar bazaar kahwin seperti ini diadakan setiap tahun.

“Bazaar ini juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan yang bergiat dalam arena perkahwinan untuk sama-sama menawarkan pakej-pakej yang terbaik untuk memudahkan orang ramai untuk mencari (memilih),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bazaar Kahwin Volume 2 Extravaganza 2019 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam, Ketua Pegawai Eksekutif CAKNA, Mohd Radhi Kamarudin serta isteri-isteri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu.



Nurkhuzaini  berkata, bazaar tersebut sangat sesuai untuk dijadikan sebagai ‘one-stop centre’ kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.

Rakyat Terengganu yang bakal melangsungkan perkahwinan digalakkan hadir untuk memilih pakej-pakej pengantin yang ditawarkan kerana bazaar itu melengkapi semua elemen.

“Memang kita boleh jadikan ianya ‘one stop centre’ dan kita rasa berbanggalah kerana ada pihak yang sudi menganjurkan bazaar ini.

“Saya ada tengok (di sini) memang ‘complete’ dari segi perkahwinan, bermula daripada pejabat agama sehingga ‘goodies’, makan, semuanya ada,” tambahnya.

Sumber : Terengganu Kite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *