Blog

Batik Search – Mat Dan Dilantik Sebagai Ikon Pelancongan Terengganu – MB

Kerajaan negeri melantik selebriti terkenal, Mat Dan sebagai ikon pelancongan Terengganu bagi mempromosi produk negeri ke persada antarabangsa.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mesyuarat ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini telah memutuskan Mat Dan sebagai ikon atau duta pelancongan Terengganu supaya beliau mempromosikan Terengganu ke Eropah dan United Kingdom dengan kos yang minimum.  

Serentak itu, kerajaan negeri berterima kasih kepada Mat Dan kerana menerima tawaran itu dengan senang hati.  

“Mat Dan terima tawaran itu dengan senang hati,  walaupun kos promosi minimum,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Amal Ummah di Paya Bunga Hotel.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman turut mengumumkan demikian ketika merasmikan Matta Fair Terengganu 2019.

Katanya, kerajaan mengharapkan Mat Dan dapat membantu mempromosi Terengganu di persada dunia.

Ketika dijemput berucap di majlis yang sama,  Mat Dan berkata, beliau telah tinggal di Terengganu selama 10 tahun dan  boleh bercakap dalam dialek negeri itu dengan baik.  

“Saya amat suka kepada masyarakat Terengganu kerana hospitalitinya (mudah mesra),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *