Blog

Batik Search – Dah 30 Hari Acap Hilang! Misteri Belum Terungkap

Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap, kekal menjadi misteri sehingga kini. Namakan apa sahaja usaha, segalanya telah dikerah, setiap pelusuk hutan juga telah diredah untuk mencari keberadaan anak muda itu.

Sebelum ini, abang kepada Acap tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam usaha mencari adiknya. Melahirkan perasaan berat hati, beliau meminta semua sukarelawan yang menyertai misi mencari dan menyelamat untuk beredar dari kawasan tersebut.

Tindakan itu harus dilakukan susulan permintaan orang kampung yang didakwa boleh membantu usaha pencarian Acap jika semua orang awam keluar daripada kampung mereka.

Terbaru, penemuan tulang panjang di gua tempat dia hilang menjadi tanda tanya.  Serpihan tulang lama itu di jumpai di dalam Gua Kandu sewaktu pencarian orang kampung dua hari lalu.

Esok, genap 30 hari kehilangan Acap atau Mohammad Ashraf Hassan yang kali terakhir dilihat semasa larian Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu.

Seluruh rakyat Malaysia setia menantikan khabar berita daripada misi pencariannya selama ini.  Diharapkan akan ada berita terbaru yang dapat merungkai misteri kehilangannya.

Semoga segala urusan pencarian dipermudahkan.

Sumber: Denny Lang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *