Blog

Batik Search – Bernilai 33 Bilion, Sediakan 40000 Peluang Pekerjaan

Punya pesona tersendiri, unik dan menarik. Ia gambaran yang diberikan oleh kebanyakan pelancong terhadap jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir.

Meskipun belum siap sepenuhnya jambatan tersebut sentiasa menjadi pilihan pelancong untuk bergambar bagi memaparkan suasana bagaikan melihat ‘London Bridge’.

Jambatan angkat sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta itu merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara dan dijangka dibuka kepada orang ramai, Jun ini.

Ia mula dibina pada Ogos 2014 di muara Sungai Terengganu yang memberi peluang orang ramai melihatnya meskipun dari jauh selain mengunjunginya sendiri untuk ke menara tinjau bagi melihat keindahan Laut Cina Selatan serta bandar Kuala Terengganu.


Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandar juga akan memendekkan jarak perjalanan trafik terutama dari bandar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus iaitu daripada 30 minit kepada 10 minit.

Jambatan tersebut juga akan menjadi jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini iaitu Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

Apabila siap sepenuhnya kelak, projek tersebut dijangka mampu menarik pelaburan pihak swasta bernilai RM33 bilion serta jangkaan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *