Blog

Batik Search – 8 Anak Artis Yang Popular Mengalahkan Selebriti Terkenal

Artis tempatan akan sentiasa menjadi perhatian umum. Apa yang mereka lakukan, fesyen yang digayakan mahupun ke mana mereka pergi, semuanya mahu diketahui oleh para peminat.

Malahan, anak kepada artis terkenal berkenaan turut akan menerima tempias populariti ibu atau bapa mereka. Ada juga anak-anak artis telah ditawarkan menjadi duta produk mahupun model iklan serta pelakon pada usia yang masih kecil kerana kecomelan mereka.

Lebih menarik lagi, ada di antara mereka yang mempunyai ribuan pengikut di media sosial mengatasi populariti ibu bapa masing-masing.

Mari lihat 13 anak pasangan selebriti yang terkenal dengan keletah dan kecomelan masing-masing.

1. Ahmad Fakhtaruddin Attar & Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa


Pasangan merpati dua sejoli iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal seringkali dilihat mempamerkan kemesraan keluarga mereka di laman Instagram. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel dan mencuri perhatian peminat.

2. Lara Alana

Sejak dilahirkan, Lara Alana berjaya mencuri tumpuan media dan peminat kepada kedua ibu bapanya yang juga merupakan artis terkenal, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

3. Aaisyah Dhia Rana

Ramai netizen pastinya mengenali puteri sulung Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin. Aaisyah yang petah bercakap dan gemar bergaya seperti model ini sangat disukai oleh ramai orang termasuk rakan artis.

Gaya fesyen si cilik Aaisyah juga sama hebat seperti ibunya yang memang gemar berfesyen. Aaisyah juga tidak kekok berhadapan dengan kamera dan turut menjadi duta kepada beberapa produk semenjak masih bayi.

4. Muhammad Kamil

Pasangan muda Farid Kamil dan Diana Danielle mempunyai anak lelaki sulung yang kacak seperti bapanya dan raut wajah campuran Pan-Asian seperti ibunya.

Muhammad Kamil yang kini berusia lima tahun juga menjadi model iklan bagi produk jenama Lifebuoy. Kamil juga mempunyai adik perempuan yang dilahirkan dua tahun lalu bernama Nur Aurora. Kedua-dua pasangan beradik ini berjaya membuatkan netizen jatuh cinta dengan keletah mereka.

5. Karl Kareef & Arianna Aubrey

Kecomelan anak kembar kepada pasangan yang bernikah pada 31 Ogos 2014 ini mendapat pujian netizen yang sangat geram dengan kecomelan mereka. Anak kembarnya juga dilihat gemar mempamerkan pelbagai reaksi muka dan gelagat yang lucu ketika bergambar.

6. Arrian Shah Akid & Andrashah Iman

Arrian, 5 tahun dan Andra, 2 tahun mencuri tumpuan netizen gara-gara kegilaan mereka terhadap makanan kegemaran iaitu ayam goreng. Anak kepada pasangan Tomok dan Rahayu Abas ini juga fasih dalam berbahasa Inggeris.

Malah, ramai juga yang memuji gaya percakapan Arrian di dalam bahasa Inggeris adalah lebih baik berbanding orang dewasa

7. Yusuf Iskandar



Yusuf Iskandar dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan dikenali menerusi rancangan televisyen Hairul Hanis Junior.

Bersama kucing peliharaan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bernama Bujibu Chempel turut menempah populariti serta mempunyai akaun Instagramnya sendiri!

8. Aisy Marteen

Aisy Mateen merupakan anak kepada pasangan pelakon terkenal iaitu Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang juga merupakan adik kepada Farid Kamil.

Aisy dilahirkan pada tanggal 21 Julai 2016 dan sangat suka tersenyum setiap kali berhadapan dengan kamera.

Pandai ya? Kecil-kecil lagi sudah bijak bergaya di hadapan kamera seperti ibu bapanya. Comel sungguh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *