Blog

Batik Search – 6 Faktor Ini Penyebab Anda Bosan Dengan Pasangan Anda

Kamu tidak perlu berasa bersalah jika mulai rasa bosan dalam perhubungan yang terjalin lamanya. Kamu hanya perlu memahami kenapa perlu ada rasa bosan dan apa yang perlu dilakukan.

Perhubungan sangat tricky. Pada awalnya kamu akan menjadi insan yang paling gembira, paling bahagia. Tapi ada satu ketika kamu mulai rasa sangsi dan tidak kena, perasaan mulai berkubur, ada rasa bosan yang kamu sendiri tidak tahu sebabnya?

Senang cerita kamu rasa tak bahagia dengan perhubungan sekarang. Nak beritahu pada pasangan, rasa bersalah mula menghantui jadi kamu diamkan sahaja.

Ingat, jangan bimbang kerana kejutan perasaan sebegini memang berlaku. Jadi mengapa ia berlaku? Kamu tidak merancang untuk jatuh cinta, tetapi ia berlaku dengan sendirinya. Perasaan seperti kamu malas untuk membalas pesanan ringkas darinya.

Kamu bangun pada suatu pagi, kamu tidak berminat untuk terus bercinta. Kamu boleh menolak jauh pemikiran begitu dan teruskan perhubungan seperti biasa tapi ada rasa tidak kena pada diri. Sebelum kamu terusan menyalahi diri sendiri, cuba duduk dan berfikir kenapa ada timbul rasa bosan dalam perhubungan.

#1 Komunikasi

Adakah kamu bosan untuk menjelaskan sesuatu kepada pasangan kerana ia hanya mengambil masa yang terlalu lama? Kamu terlalu bosan untuk bercakap tentang perkara-perkara kecil kerana merasakan ia tidak penting.

Atau boleh juga terjadi pada scenario di mana kamu bosan melaporkan setiap aktiviti kepada si dia? Sebagai contoh, kamu perlu report apa yang dilakukan kepada pasangan sama ada menerusi panggilan atau sekadar pesanan ringkas, yang sebenarnya boleh disimpan untuk diceritakan kemudian hari.

#2 Rutin Harian

Perhubungan kamu merupakan rutin harian yang membosankan. Di mana ia sudah dapat diramal, kamu tahu setiap perkara yang berlaku setiap hari dalam seminggu.

Kamu pergi ke kerja, keluar makan malam bersama, jika sama tempat kerja keluar lunch bersama, hujung minggu menonton wayang – setiap hari melakukan hal yang sama, tiada sedikit renggang antara kamu berdua. Keadaan ini akan membuatkan kamu rasa rimas, malas dan bosan.

#3 Tiada Lagi Keseronokan

Cuba tanya pada diri bila kali terakhir kamu berdua melakukan sesuatu yang menarik? Apabila kita berada dalam hubungan untuk jangka masa yang panjang, cuba lakukan sesuatu untuk membangkitkan kehangatan agar tidak terkubur.

Mungkin kamu boleh rancang percutian, road trips ke tempat yang baru atau adventure, kejutan candle light dinner, apa sahaja yang memberi keseronokan dalam perhubungan.

#4 Kamu Rindukan Masa Bujang

Tiba-tiba kamu melihat rakan backpacking, timbul rasa cemburu. Sekarang setiap kali mahu melakukan sesuatu kamu perlu beritahu. Bila bujang, tidak perlu mengikut jadual orang lain dan mengubahsuai jadual sendiri untuk menyesuaikannya demi orang lain.

Kamu bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang gangguan dan mempunyai banyak masa lapang untuk diri sendiri. Kamu boleh memilih jalan hidup secara bebas tanpa harus mempertimbangkan penerimaan orang lain.

#5 Masa Berdua

Ya menghabiskan masa berdua memang baik tetapi terlalu banyak masa bersama boleh menjadi sesak dan semak. Cuba luangkan waktu dengan kawan-kawan atau dengan diri sendiri.

Jadi, apabila kamu bertemu pada hujung minggu, kamu berdua akan teruja untuk bercakap tentang kehidupan masing-masing, di sinilah kamu berasa seronok untuk tahu tahu aktiviti, perkara baru tentangnya.

#6 Peluang Yang Lebih Baik

Apa maksudnya? Bila kamu terdetik, kamu berpotensi berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada sedia ada. Bukan bermaksud kamu tidak sayang padanya cuma kamu merasakan hubungan yang sedia ada tidak boleh pergi lebih jauh, kamu merasa seperti ada kekurangan.

Malah kamu layak mendapatkan seseorang yang jauh lebih baik. Sekiranya kamu terdetik, kamu tidak mempunyai pilihan selain melepaskan kerana kamu tidak akan gembira bersama dengan pasangan yang sekarang. Kamu mungkin akan bertemu dengan seseorang yang lebih layak, seseorang yang lebih baik daripada yang sekarang.

Yang pasti jika tiada cinta lagi antara kamu berdua, tidak ada gunanya kamu terus memaksa diri bersama si dia. Akhiri lebih baik daripada terus menipu.

Ingat jangan pernah rasa bersalah kalau ada rasa bosan dalam relationship!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *