Blog

Batik Search – 6 Aksesori Untuk Tampil Berfesyen Ala Zaman Saloma

Filem-filem lama dari zaman karya P. Ramlee masih lagi menjadi pujaan ramai tidak kira dari generasi lama atau baru. Jalan ceritanya penuh pedoman dalam pada yang masa memberi tawa yang tidak kering gusi. Jika menonton filem seperti Tiga Abdul, Ahmad Albab atau Madu Tiga penulis suka benar melihat fesyen mereka ketika itu. Ianya sangat ringkas tapi lebih dengan rekaan berstruktur bagi menyerlahkan bentuk badan seseorang.

Fesyen tahun 60-an kini antara pilihan anak muda, kalau lihat sekarang memang banyak item-item fesyen dari tahun gemilang tersebut kembali menjadi pelengkap gaya. Ia sepertinya memberi aura legenda atau seorang bintang filem tatkala menggayakan seragam pakaian dari tahun itu.

Kalau anda ingin curi sedikit aura fesyen Saloma dari 60’s cuba lah berjinak-jinak dalam mendapatkan item ini. Wanista cadangkan 6 item dibawah.

#1 Shift Dresses

Gaun labuh paras lutut dengan potongan lurus sentiasa menjadi pilihan gadis-gadis pada tahun 60-an. Ia sangat ringkas dan terdapat pelbagai corak yang biasanya monogram atau abstrak.

#2 Kitten Heels

Sarungkan kaki anda dengan kasut rekaan kitten heels yang biasanya tinggi tidak sampai 1.5 inci. Ianya sesuai dipadankan dengan baju tradisional mahupun moden.

#3 Skaf

Perasan atau tidak kalau lihat pada leher atau dikepala Saloma pasti kadang dililit kemas dengan skaf bercorak.

#4 Cat Eye Glasess

Antara paling tengah lit dikalangan anak muda sejak diperkenal semula beberapa tahun semula. Anda tak perlu cari yang berjenama, dipasar malam pun ada dijual.

#5 Handbag Purse

Beg tangan kecil, dari jenis kulit dan biasanya dua butang atas. Anda kelihatan sangat feminin menjijit beg tangan sambil jalan lenggang-lenggok.

#6 Anting-anting

Pilihan anting-anting yang besar atau sarat biasanya yang kita nampak pada telinga Saloma.

Nak bergaya ala Saloma tak semestinya berbaju kebaya ketat, kain sempit atau beropol. Tambah item fesyen di atas pun dah cukup gaya. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *