Blog

Batik Sarung Jadi Fesyen Jenama Mewah

Hye semua! Mesti anda curious kan baca tajuk di atas? Mat Saleh pn dah mula menghargai dan menyedari seni halus yang terdapat pada kain batik nusantara ni. Tapi tidak untuk sesetengah masyarakat kita yang masih di takuk lama.

Bukan sahaja dikatakan fesyen kekampungan malah ada sesetengah individu tidak pandai memakai kain batik. Ya benar! Kalau anda tanya ahli keluarga anda mesti ada yang tak pakai kain batik sebab tak pandai nak kilas atau ikat kain batik.

Asal kain batik atau kain pelikat, ramai menganggapnya fesyen yang hanya sesuai dipakai di rumah, tidaklah untuk dipakai di luar. Sepatutnya kain batik yang merupakan pakaian tradisional menjadi kebanggaan jika dipakai kerana ia mempunyai nilai estetika.

Tahukah anda, jenama mewah Lebor Gabala dari Barcelona, Sepanyol telah menjadikan kain batik sebagai salah satu daripada fesyen yang cuba diketengahkan untuk koleksi musim panas atau bunga. Lihat sahaja tetap cantik jika bijak bergaya seperti fesyen mereka yang digayakan bersama kemeja rona pastel dengan kain batik cetakan floral.

Jadi, selepas ini kalau kain batik anda terperuk dalam almari, keluarkan dan mula mix n match dengan fesyen yang sesuai! Fesyen ni sebenarnya nak kena kreatif je. Kalau anda seorang yang kreatif dan berseni mesti nampak mewah dan lawa walaupun anda pakai kain batik sahaja. Percayalah!Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *