Blog

BATIK PENERAJU FESYEN

Baru-baru ini telah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2019 (KLFW) di Pavillion Kuala Lumpur. Pertunjukan KLFW kali ini menampilkan 80 pereka tempatan yang menggabungkan pereka fesyen baharu dan juga sedia ada. Antara jenama pereka yang akan membuat kemunculan kali ini ialah Mimpi Kita, Afiq M, Alia Bastamam, Neonate, Ezzati Amira dan Innai Red. Pereka baharu yang akan membuat kemunculan kali ini ialah Behati, Maqilla, Mells, Sierra Chong dan Techniq.

Sumber Google

Menurut Pengasas KLFW, Andrew Tan tahun ini KLFW ingin memberi tumpuan buat pereka-pereka fesyen tempatan.

“Tahun ini kita memberi fokus kepada pereka fesyen tanah air, kerana mereka KLFW merupakan platform besar untuk mereka.

“Jadi kami akan memberi fokus kepada mereka,” katanya pada sidang media KLFW.

Tapi, yang paling menarik dalam KFLW ini adalah sejak Piala Seri Endon mula diperkenalkan. Kolaborasi dengan KFLW sejak 2016 dalam satu segmen batik khas iaitu KLFW READY TO WEAR (RTW) telah mengangkat martabat batik itu sendiri, maka lahir ramai anak muda yang ingin memartabatkan warisan batik dengan menonjolkan kelainan dalam menggayakan batik. Boleh dilihat, pada KLFW kali ini, ramai anak muda yang mencuba nasib dengan menonjolkan rekaan mereka yang diterapkan dengan elemen batik. Antaranya Faizul Noorizan, Hafiz Drahman dan Ridzuan Alias. Rekaan-rekaan yang dihasilkan sangat menarik dan eksklusif.

Batik sinonim dengan negeri belah pantai timur. Selain batik Kelantan dan Pahang, batik Terengganu tidak kurang hebatnya. Kalau datang ke Terengganu, tidak sah kalau tidak datang ke Noor Arfa Craft Complex, pusat jualan batik terbesar di Pantai Timur kerana selain menempatkan produk jenama Noor Arfa, produk-produk batik jenama lain juga boleh didapati di bawah satu bumbung.

Walaupun pembuatan batik telah bermula sejak dahulu kala namun sehingga kini ia tetap diminati oleh semua golongan kerana ciri estetikanya yang tidak boleh didapati dalam mana-mana kain selain batik. Batik merupakan satu bidang kraftangan  yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke- 15 masihi lagi, manusia sudah mula menjalankan kegiatan pembuatan batik secara tradisional. Sejajar dengan peredaran zaman, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kualiti batik terjaga.

Mesti anda tertanya-tanya apa yang istimewanya batik sehinggakan ia diangkat sebagai fesyen warisan. Walaupun telah muncul pelbagai jenis kain yang jauh lebih menarik namun batik tidak dilupakan dan bahkan sesetengah pereka fesyen suka menyelitkan elemen batik dalam rekaan mereka.

1.Seni tradisi

Seni batik istimewa kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di Kepulauan Melayu serta berkaitan dengan pakaian para penduduknya. Batik tradisional ini mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan pada status social pemakai dalam masyarakat daerah tertentu.

2. Motif

Motif ialah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis dan menerap batik. Terdapat dua bentuk utama motif iaitu motif organik dan geometrik. Motif organik melibatkan penggunaan unsur-unsur alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga manakala motif geometrik lebih tertumpu kepada corak bentuk-bentuk geometrik seperti segi tiga, segi empat dan sebagainya.

Antara motif organik batik Motif Ayam, Motif Bunga Buluh, Motif Bunga Kerak Nasi, Motif Bunga Kotak Bercampur, Motif Bunga Orkid, Motif Bunga Raya, Motif Daun Sireh, Motif Pucuk Rebung, Motif Rama-rama dan Motif Siput. Manakala untuk contoh motif geometric ada dua iaitu Motif Pucuk Rebung dan Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak ialah bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Corak terdiri daripada gabungan motif-motif organik mahupon geometrik dilukis di atas akin batik tersebut. Jenis-jenis corak yang digunakan Corak Berdiri, Corak Jalur, Corak Melintang, Corak Menyeluruh, Corak Menyerong, Corak Tompok-tompok, Corak Ulangan Batu-bata

3. Kepelbagaian batik

Batik bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai pakaian semata-mata. Setelah melalui proses evolusi, batik telah dipelbagaikan kegunaanya dan dijadikan sebagai sarung tangan ketuhar, sapu tangan, menjadi hiasan-hiasan dinding galeri atau pejabat, hotel-hotel atau juga sebagai hiasan-hiasan dinding ruang tamu rumah-rumah masyarakat pertengahan. Batik juga turut dijadikan sebagai kotak pensil, keychain dan banyak lagi. Batik juga sesuai dipakai untuk mana-mana majlis formal atau majlis keramaian.

4. Cara pembuatan

Uniknya batik sehingga menjadi istimewa ialah berdasarkan cara pembuatannya yang agak rumit. Proses pembuatan batik dahulu kala adalah secara tradisional dan dijual pada harga yang agak tinggi kerana kualiti lebih baik dan kebiasaannya corak atau motif yang dihasilkan adalah terhad. Proses pembuatan batik memerlukan campuran lilin cair, kain yang berwarna putih, sebuah meja, pencelup dan sedikit pewarna tambahan.

5. Jenis Batik

Kelainan batik yang mempunyai peminatnya yang tersendiri ini ialah ia didatangkan dengan pelbagai jenis batik yang dibezakan melalui cara pembuatannya iaitu batik blok, batik conteng dan batik skrin. Setiap jenis batik ini berbeza cara pembuatannya. Contoh batik blok akan menggunakan blok corak yang bermotif tertentu . Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut. Manakala untuk pembuatan batik conteng pula alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Akhir sekali ialah batik skrin. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Disebabkan ciri-ciri istimewa yang ada pada batik ini lah yang menjadikan batik merupakan salah satu fesyen yang “mahal”.

Sumber :klfashionweek, astro awani dan bmpengurusan.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *