Blog

Anda Bukan Lelaki Sejati Kalau Tak Buat Benda Ni

Jadi lelaki bukan tiket untuk anda abaikan penampilan dan kebersihan diri. Itu basic penjagaan diri je taw kalau nak tahu. Admin nak ulas benda ni sebab banyak kali dan alami isu ni. Ada segelintir orang kita yang fail bab ini.

Admin baik hati hari ni nak bagi anda tips terbaik untuk lelaki di luar sana. Siapa sini rasa dia lelaki? Cepat baca ni, benda penting ni. Ada 5 tips admin nak bagi hari ini. Benda simple je, tapi kalau anda buat memang perempuan cair lah dengan anda. Jom amalkan 5 tips ni ya! Kat bawah ni je.

  1. Bau Badan Kena Jaga. Pakai Deodorant/Bedak Agnesia

Masalah ini memang ramai dari kalangan kita yang alami. Saya pernah kena sekali. Pergh! Menusuk kalbu bau busuk plus hangitnya. Tuan dah tak ada tapi laluannya meninggalkan kesan bau. Sampai boleh tahu, ada bau maknanya dia baru saja lalu kat situ.

Nasihat saya pergi kedai beli deodorant atau bedak Agnesia yang warna merah tu. Kedua-dua ni semua ada anti septik yang bertindak mencegah bau badan. Saya sendiri memang pakai bedak Agnesia. Berkesan! Hilang bau badan.

  1. Rambut Biar Kemas

Rambut ni mahkota lelaki. Anda yang lelaki ni rambut bagi kemas. Bukan serupa baru bangun tidur. Pakai minyak rambut. Kalau nak power lagi pakai pomade, confirm berkilat sampai malam. Asal jangan nampak kering je. Kalau tak anda nampak serabai giler.

  1. Jaga Kuku Tangan Dan Kaki

Bossku, kuku tu kena pendek. Bukan kuku tangan je taw, kuku kaki sekali. Kalau tak nanti pakai selipar habis nampak kuku kaki yang panjang dan berisi hitam tu. Jangan ingat orang tak nampak kuku kaki kita taw. Ramai mak cik bawang kat luar sana tu.

  1. Bau Mulut Pun Kena Jaga Jugak

Diwajibkan untuk anda berus gigi setiap pagi masa mandi tu. Jangan mandi saja, berus gigi sekali. Kalau anda yang ada masalah bau mulut tu cuba kunyah gula getah. In Sya Allah hilang bau tu.

  1. Kemaskan Misai, Janggut Dan Jambang Anda

Jarang lelaki tak ada misai dan janggut kan? Mesti semua ada ni. Kalau janggut tu mungkin ada yang tak ada. Tapi misai confirm ada. Jambang pun bukan semua orang ada. Mana yang ada 3 benda alah ni, tolong kemaskan ya. Trim je bagi elok. Nak simpan boleh asal rapi je. Simpan janggut dan Jambang kan sunnah. Misai kena nipis dan kemas.

2 thoughts on “Anda Bukan Lelaki Sejati Kalau Tak Buat Benda Ni

  1. Kamal says:

    Terbaik la Noor Arfa bagi tips!

    1. noorarfa says:

      TQ, kalau nak tahu tips yang lain boleh follow, isu semasa pun noor arfa bagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *