Blog

ALAMAK, TEMUDUGA !! NAK PAKAI APA NIE ?

Hah, mesti ramai yang diluar sana bila sebut je perkataan temuduga, tak kiralah temuduga apa pun mesti rasa berdebar-debar dan cemas. Penulis pun turut tidak ketinggalan juga merasai pengalaman tersebut.

Kali ini, penulis nak kongsi kesilapan utama yang kurang dititikberatkan oleh calon apabila temuduga. Kebanyakkan calon hanya fokus tentang sijil-sijil, resume, susunan fail dan sebagainya yang berkaitan dengan temuduga. Namun, tidak ramai juga yang pentingkan akan penampilan diri.

Tahukah anda ? First impression itu sangat penting ketika datang temuduga kerana penemuduga belum lagi mengenali anda. Jadi, apa yang mereka lihat pertama kali maka itulah tanggapan mereka kepada anda sebelum anda ditemuduga. Oleh itu, penampilan amat penting untuk memberi tanggapan yang bagus kepada para penemuduga.

Sekarang, penulis akan kongsi warna-warna pakaian yang tidak sesuai dipakai ketika temuduga.

1.Kuning atau oren

Warna cerah sebegini sinonim dengan aura ceria dan seronok tapi ia tidak sesuai dengan situasi seperti hari temuduga. Ia boleh beri tanggapan anda seorang yang tidak serius dan tidak boleh diharap! Jadi jika anda ingin menghadiri mesyuarat atau acara korporat, sama sekali jangan menyarung kemeja warna kuning. 

2.Merah
Sumber : Google

Merah sering dikaitkan dengan warna tegas dan agresif tapi ianya tidak sesuai untuk digayakan ke tempat kerja. Ia boleh beri tanggapan anda seorang yang susah untuk memberi kerjasama. Sebaiknya jangan memakai pakaian merah ketika berurusan perniagaan. 

Elakkan sebolehnya memakai warna-warna tersebut dan penulis sarankan untuk anda memilih warna-warna seperti :

Hijau – Pakar psikologi mengatakan warna hijau adalah simbol harmoni dan kemesraan. 

Biru – Si pemakai yang mengenakan warna biru sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. 

Coklat – Warna selamat sesuai untuk kaum lelaki dan wanita. 


Sumber : Google

Hitam – Tampak elegan dan formal kebiasaanya. 


Sumber : Google

Kalau nak mudah dan senang, boleh pilih untuk memakai batik kerana pemakaian batik yang nampak eksklusif dan sesuai digayakan untuk mana-mana event

Sumber : wanista.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *