Blog

7 Cara Hilangkan Bau Durian Yang Menusuk Kalbu

Dalam banyak-banyak duri, duri apa yang boleh dimakan?Hehe. Sedar tak sedar sekarang dah musim durian. Mesti ada antara kita yang tengah sibuk mencari durian kn?

Tapi kalau dah nama pun raja buah, baunya pun tentulah menusuk ke hidung. Ada yang suka makan durian, tapi tak tahan dengan baunya. Boleh pening kalau bau lama-lama!

Hal ini mendatangkan masalah bagi anda yang nak bawa balik durian yang dibeli di tepi jalan atau dibawa dari kampung. Boleh tenggelam bau perfume kereta.

Sebenarnya ada beberapa petua dan cara hilangkan bau durian dalam kereta anda. Jom kami kongsikan!

  1. GUNA TANGKAI DURIAN

Petua yang pertama adalah antara yang tular  baru-baru ini. Petua ini diperoleh daripada penjual durian sendiri. Caranya, patahkan tangkai durian dan kemudian belah hujungnya.

Selepas itu, letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar. Hasilnya, bau durian pasti tiada lagi. Ramai dah cuba dan akui yang teknik ini memang berkesan!

  1. ANGINKAN KERETA MASA MEMANDU

Bungkuskan durian menggunakan 2-3 lapis beg plastik. Ikat ketat-ketat supaya baunya tak keluar dari beg. Kemudian letakkan dalam bonet kereta macam biasa.

Masa memandu, buka semua tingkap dan jangan buka air cond. Cara ini dapat menganginkan kereta dan menghindarkan bau durian yang kuat daripada terkumpul dan melekat dalam kereta anda.

  1. ROTI

Kalau dah sampai rumah tapi masih ada bau durian dalam kereta, bolehlah gunakan petua seterusnya ini. Caranya, letakkan beberapa keping roti di dalam kereta.

Roti ini boleh menyerap bau durian dengan berkesan. Biarkan semalaman dan keesokan paginya bau durian akan hilang dari kereta anda.

  1. KOPI

Selain roti, anda boleh juga meletakkan kopi untuk menyahkan bau durian dari kereta anda. Ambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Lepas itu tinggalkan semalaman dalam kereta.

Nak senang, gunakan saja serbuk kopi yang siap di dalam uncang. Kopi juga boleh menyerap bau-bauan dengan efektif.

 

  1. SODA BIKARBONAT / BAKING SODA / SERBUK PENAIK

Bahan yang satu ini bukan saja digunakan dalam masakan, tapi ia juga merupakan bahan serbaguna yang sewajibnya ada di setiap rumah.

Selain menanggalkan kotoran, soda bikarbonat juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau secara semulajadi. Anda boleh meletakkan satu bekas yang berisi serbuk soda bikarbonat ini di dalam kereta.

Satu lagi cara, taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam dan lepas itu boleh vakum.

 

  1. DAUN PANDAN

Petua ini mungkin biasa anda dengar. Bagi yang ada stok daun pandan di halaman atau di dapur, bolehlah gunakan beberapa helai daun pandan yang diikat. Boleh juga potong kecil-kecil dan masukkan dalam beg jaring. Gantungkan macam air freshener.

  1. ARANG

Akhir sekali, anda boleh juga gunakan beberapa ketul arang untuk menyerap bau durian dalam kereta tadi.

Boleh beli arang biasa dan bubuh dalam bekas. Biarkan selama beberapa jam dalam kereta. Sekarang ni dah banyak juga arang yang dijual khas untuk menyerap bau dalam kereta.

Mudah sangat kan? Lepas ini, bolehlah anda beli durian selalu. Tak pening kepala lagi nak hilangkan bau durian dalam kereta.

Cara ini juga anda boleh gunakan untuk hilangkan bau yang kurang menyenangkan di rumah, dalam peti sejuk, dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *