Blog

Batik Search – 5 Tips Fesyen Muslimah Nak Nampak Awesome Di Pantai

Ramai orang terutamanya para wanita suka tampil cantik dan bergaya apabila keluar dari rumah sama ada mahu berjalan, bersiar-siar ataupun ingin pergi bercuti.

Tidak kira tempat apa pun lebih-lebih lagi apabila tempat itu sangat menarik untuk dilawati semua orang, para wanita mahupun kaum lelaki pasti ingin kelihatan bergaya dan menarik disana.

 Semestinya ramai yang bergaya ketika pergi ke tempat itu untuk bergambar dan mencipta kenangan bersama yang tersayang di tempat tersebut.

Setiap tempat mempunyai pemakaian yang tersendiri dan sesuai untuk tempat tersebut seperti di taman, pusat membeli belah, di gym dan begitu juga di pantai.

Bagi para wanita muslimah yang bertudung, tidak jadi masalah jika anda ingin bergaya seperti wanita lain apabila pergi ke pantai. Cumanya bergaya itu biarlah berpada-pada kerana kita masih kena ikut cara pemakaian muslimah yang sebenar.

Jadi, Noor Arfa di sini ingin kongsikan cara berpakaian yang cool dan bergaya di pantai. Bagi kebanyakan hijabis, mereka masih keliru untuk memakai pakaian di pantai. Jangan keliru lagi, Noor Arfa nak bagi 5 tips fesyen muslimah untuk bergaya dan selesa di pantai. Jom usha dulu!

  • Long shirt dresses

Gaun baju panjang adalah yang paling cool untuk fesyen muslimah di pantai! Saya suka baju ini kerana ianya sangat selesa dan kelihatan mudah untuk dipakai. Gayakannya dengan beg pantai yang menarik dan pakai tudung warna yang terang. Anda akan kelihatan menawan dan cantik ketika di pantai. Jangan lupa untuk ambil gambar banyak-banyak!

  • Jeans

Jeans sangat dialu-alukan di pantai. Ramai wanita suka mengenakan seluar jeans denim ke pantai kerana mereka kelihatan sangat comel dengan pakaian renang.

Oleh itu, saya beritahu anda bahawa seluar jeans yang longgar akan kelihatan lebih cantik dan bergaya untuk anda. Gayakan jeans dengan baju putih atau blaus beserta kardigan panjang.

  • Bright Colours

Warna terang adalah yang terbaik untuk para hijabis di pantai. Cuaca di pantai sangat panas dan anda sudah memakai banyak lapisan baju. Jadi, jangan fikir untuk mengenakan pemakaian warna gelap. Fesyen pemakaian pantai muslimah yang sempurna terdiri daripada warna pastel dan warna cerah dengan pakaian yang selesa.

  • Oversized shirt over Stripped pants

Baju oversized bersama seluar stripped adalah fesyen muslimah di pantai yang bergaya dan cool. Nah, terdapat banyak seluar selain jeans yang boleh anda pakai ke pantai dan saya sendiri suka memakainya.

Bergaya dengan baju oversized, ia kelihatan sempurna untuk fesyen muslimah di pantai. Jadi, mari kita gayakannya ketika berada di pantai nanti!

  • Burkini

Burkini adalah sejenis baju renang sederhana untuk wanita. Asalnya ianya direka oleh Aheda Zanetti di Australia. Suit ini menutup seluruh badan kecuali muka, tangan dan kaki serta ianya cukup ringan untuk berenang. Pergayakan burkini dalam cara paling comel dan paling chic!

Jadi macam mana? Cantik dan menarik kan? Noor Arfa harap anda semua terhibur dan suka pada artikel kali ini yang memberitahu anda 5 tips fesyen muslimah untuk bergaya di pantai. Bolehlah anda semua cuba gayakan semua tips di atas apabila pergi ke pantai nanti.

Ajak keluarga dan kawan-kawan anda bergaya dengan fesyen muslimah di pantai serta boleh bergambar lawa-lawa di sana. Bukan selalu photoshoot di pantai kan? Gambar tersebut anda boleh post di instagram atau di mana-mana apps yang anda suka. Tentu cantik! Baiklah, sampai disini sahaja artikel kali ini. Berjumpa lagi pada artikel yang lain. Bye readers!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *