Blog

5 TEMPAT MENARIK DI BUMI BATIK YANG ANDA TIDAK TAHU!

Hah, dengar tajuk bumi batik macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya bahawa Terengganu sinonim dengan pembuatan batik. Namun perkongsian kali ini bukan tentang batik tapi tempat  yang anda boleh lawati di sekitar Terengganu. Perkongsian kali ini lebih menjurus  kepada  tempat-tempat yang menarik yang ada di Terengganu yang kebanyakkan orang tidak tahu dan mungkin dalam pada masa yang sama boleh membantu para  pelancong  diluar sana yang ingin merangka jadual  perjalanan.

1.PANTAI JAMBU BONGKOK

Pantai Jambu Bongkok termasuk antara pantai perlu lawati selain pantai-pantai yang popular di Terengganu. Pantai Jambu Bongkok terletak kira-kira  55km dari Kuala Terengganu dan 39km dari bandar Marang. Jika anda datang ke pantai ini, anda akan disambut dengan pepohon kelapa  yang melambai-melambai sepanjang pantai, deruan ombak pantai serta pasir yang memutih.

Sumber Google

Sumber Google

Menariknya di sini, adalah terdapat satu kawasan resort  yang agak unik senibinanya dan dikenali sebagai Terrapuri Heritage Village. Senibinanya mempunyai sentuhan dan ciri-ciri bangunan Melayu lama seperti zaman kesultanan Melayu dahulu dan mempunyai 29 buah bangunan dengan ciri antik dan susun atur resort ini diinspirasikan daripada istana negeri Terengganu pada kurun ke 17. Ia turut menempatkan 20 villa esklusif, galeri dan beach house.


Sumber Google

2. AWI’S YELLOW HOUSE

Terletak di tepi muara Sungai Terengganu, rumah tamu berusia 41 tahun itu diberi nama Awi’s Yellow House oleh pemiliknya, Wan Othman Wan Abdullah, 67 dan isteri, warga Perancis, Rohani Longuet, 81.


Sumber Google

Rumah tamu yang diilhamkan daripada minat pasangan suami isteri ini terhadap kayu, seni bina dan pembuatan bot, agak asing bagi pelancong dalam negara, namun popular dalam kalangan pelancong asing yang gemarkan percutian tenang ala kampung yang pastinya tidak terdapat di negara mereka.


Sumber Google

Dengan kemudahan 12 unit bilik, ‘percutian’ di rumah tamu ini memang sesuai bagi mereka yang cintakan kedamaian dan alam semula jadi. Jangan impikan bilik selesa, lengkap dengan pendingin hawa, alat pemanas air dan televisyen dengan saluran berbayar, anda tidak akan menemuinya di sini.Seiring dengan konsepnya yang bercirikan tradisional dan kehidupan kampung serta keindahan alam semula jadi, Awi’s Yellow House lebih sesuai untuk kelompok bujang dan tidak berkeluarga yang mendambakan ketenangan dan kedamaian.


Sumber Google

Struktur penginapan kecil ini dibina di atas kawasan paya bakau Sungai Terengganu menggunakan kayu yang kukuh. Malah, atapnya juga mengekalkan ciri kemelayuan dengan bumbung yang menggunakan daun nipah atau atap senggora, selain dinding berasaskan mengkuang serta kayu nibong, yang dikenali antara kayu paling kuat dan kukuh.

3.NOOR ARFA CRAFT COMPLEX

Bagi peminat batik pula, tidak sah kalau datang ke Terengganu jika tidak singgah ke Noor Arfa Craft Complex. Noor Arfa Craft Complex merupakan Pusat Pavilion Batik Terbesar di Malaysia sebagai pengedar dan pengeluar batik. Selain itu, Noor Arfa Craft Complex  juga merupakan pusat pengumpulan dan pemasaran 70 produk usahawan tempatan yang berasaskan batik di bawah satu bumbung. Batik-batik yang terdapat di sini adalah berkualiti tinggi dan pembuatannya sangat teliti. Pengunjung juga boleh membeli batik secara borong dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, di Noor Arfa Craft Complex juga ada menyajikan demostrasi mencanting batik, tenunan songket, cara pembuatan blok dan anyaman mengkuang. Pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman mencanting batik.

Kelainan juga di Noor Arfa Craft Complex ini adalah terdapat chalet di tepi sungai selain kemudahan tandas awam dan surau. Terdapat juga Funland shop iaitu kedai runcit dan Funland Park iaitu taman haiwan. Boleh dikatakan Noor Arfa Craft Complex ibarat one stop centre bagi pengunjung.

4.SETIU WETLAND

Tanah Bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.

Kawasan persekitarannya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.

Destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Kedudukannya yang berdepan dengan tiga pulau iaitu Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang menjadikannya destinasi strategik untuk persinggahan pelancong.

5.KOTA LAMA DUYUNG

Kedudukannya yang cuma 7 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Ianya mempunyai 9 bumbung utama yang bersambung-sambung dengan bahagian lain seperti bahagian dapur, bilik mandi, berenda. Reka bentuknya seumpama Istana kecil Raja  Melayu. Jika melihat pagar konkrit dan tiangnya, ianya memperlihatkan  seni bina Mesir.

Bayaran masuk adalah percuma. Anda akan dibantu oleh seorang pegawai muzium yang bertugas memberi penerangan tentang rumah ini. Setengah peralatan seperti dapur, pinggan dan mangkuk tembikar lama masih ada disitu. Di bina pada 1929 dan siap pada 1930 oleh seorang Hakim iaitu Dato Bija  Sura (Nik Muhammad bin Husin). Dipercayai ini adalah satu-satunya rumah di daerah tersebut yang dibina menggunakan batu- bata. Rumah ini dikelilingi dengan tembok batu di sekelilingnya dan kerana faktor tersebut ia dikenali sebagai Kota Lama

sumber : bhplus,trulyterengganu&visitterengganu.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *