Blog

5 Proses Menyebabkan Batik Canting Mahal

Hye, selamat pagi semua! Anda semua pernah dengar tak Batik Canting? Batik ni antara batik yang termahal taw! Kerana terkenal dengan kehalusan seni lukisnya.

Jom follow saya, lepas ini mesti anda tak persoalkan kenapa batik canting ni harganya boleh tahan?Hehe. Jemput baca ya semua!

  1. Dilukis Menggunakan Canting

Batik canting ni dilukis mengunakan canting, sejenis alat berbentuk pen dengan mengisi lilin panas di dalamnya. Proses menghasilkan batik canting bermula dengan merengangkan kain supaya kain tersebut tegang secara mendatar.

  1. Panaskan lilin

Kemudian, kita akan memanaskan lilin untuk melukis corak. Corak yang biasa digunakan di Malaysia adalah abstrak, geometri, flora dan fauna. Hanya seorang sahaja yang bertanggungjawab untuk melukis corak untuk menghalang corak tersebut menjadi serabut.

  1. Berus Pewarna

Apabila corak telah siap dilukis, berus akan digunakan untuk untuk mewarna corak tersebut. Pelbagai fabrik digunakan termasuk kapas, sutera dan suji. Corak fabrik-fabrik ini mengunakan fauna dan juga motif geometri, disusun dalam pelbagai susun atur agar dapat mengikut trend masakini.

  1. Rendaman

Apabila corak telah kering, ia akan direndam di dalam air sodium silikat selama 8 jam. Jika fabrik tersebut direndam kurang dari 8 jam, warna fabrik itu akan pudar manakala jika direndam lebih dari 8 jam, ia akan mengakibatkan fabrik itu menjadi keras manakala. Apabila ia berlaku, fabrik itu akan lebih senang untuk koyak.

  1. Rebus dan Keringkan

Fabrik akan direbus selama 10-15 minit. Langkah terakhir ialah untuk membiarkan fabrik itu kering. Cara yang terbaik untuk mengeringkan fabrik tersebut di tempat yang tidak kena cahaya matahari langsung kerana ia akan mengakitbatkan warna fabrik itu pudar.

Setelah selesai proses di atas, maka siaplah sehelai kain batik! Anda boleh datang ke NACC untuk merasai sendiri proses pembuatan batik! Jemput datang ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *