Blog

4 Motif Batik Popular Malaysia

Bila Sebut pasal Batik, ia tak lari dari seni kraf yang dihasilkan melalui proses melilin dan mewarnakan kain putih. Batik juga kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia serta gugusan Tanah Melayu.

Motif batik adalah corak atau pola  yang menjadi lukisan sehingga terhasil rupa pada batik. Di Malaysia, terdapat empat Motif yang popular iaitu Motif Flora, Motif Fauna, Motif Geometri dan Motif Abstrak.

Motif Flora

Motif dari tumbuh-tumbuhan seperti Pucuk Rebung, Bunga Kenanga, Cempaka dan lain-lain. Tumbuhan ini biasanya terdapat pada kain batik yang lama. Terkini, kebanyakkan pengusaha batik menggunakan motif flora seperti bunga raya, orked dan ros dan diubah mengikut peredaran masa.

Motif Fauna

Motif jenis ini dilakar mengikut kreativiti yang bersumberkan haiwan, laut, darat dan udara. Batik Malaysia terhad dalam penggunaan Motif yang melibatkan haiwan kerana ia dilarang dalam Islam. Biasanya, hanya kain sarung sahaja yang banyak menggunakan Motif Fauna.

Motif Geometri

Motif jenis ini diubah dari pelbagai variasi seperti pengulangan motif. Pengulangan Motif ini melibatkan bentuk bulat, bentuk segi tiga, segi empat dan lain-lain.

Motif Abstrak

Motif Abstrak diolah mengikut kreativiti dan imiginasi pelukis. Ia kadang-kadang sukar untuk ditafsir oleh pandangan khalayak yang melihat motif tersebut. Seni motif abstrak sangat halus dan sukar untuk difahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *