Blog

10 Makanan Di Terengganu Yang Buat Anda Meleleh

Siapa sini yang kaki makan? Suka try makanan baharu? Anda dikehendaki datang ke Terengganu!Hehe

Terengganu? Bila cerita sahaja pasal makanan negeri penyu ini, ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak dikeropokkan! Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan famous di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh.

Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila!

  1. Ketupat Sotong
    Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja.

Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat sotong ini jika berkunjung ke Terengganu. Sotong padat berisi pulut di dalamnya dengan rasa kuah berlemak ini memang menjilat jari.

 

  1. Ikan Singgang
    Simpletapi power, itu cukup untuk terangkan betapa sedapnya menu bersahaja ini. Ikan singgang antara makanan popular di kawasan Pantai Timur.

Biasanya dimakan bersama nasi putih dan budu. Sup kunyit ringkas ini memang sedap, lebih-lebih lagi dimakan ketika ditemani hujan. Memang syok.

 

  1. Ikan Celup Tepung Garing
    Ikan celup tepung Terengganu berbeza dengan tempat yang lain, ikan celup tepung Terengganu digoreng dengan resepi rahsia.

Kerangupan ikan celup tepung di Terengganu buat setiap gigitan anda terus melekat di hati. Nak tahu rasanya macam-mana? yang itu anda kena datang sendiri ke Terengganu. Biasanya dimakan bersama air lada atau cili sos.

 

  1. Laksam
    Kalau di Peneng ada Laksa Peneng, di Terenggau pula ada Laksam! Laksam menu berasaskan gandum yang dimakan bersama kuah santan.

Rasa lemak-lemak manis disertakan dengan sayur, belacan dan cili boh. Cara makan tradisional untuk dapat feel yang lebih enak mestilah dimakan dengan tangan, bukan sudu.

 

  1. Sata
    Salah satu snek popular di Terengganu. Sata diperbuat daripada ikan segar yang dikisar bersama beberapa bahan yang lain, diantaranya cili padi dan kelapa. Kemudian dibungkus dengan daun pisang kemudian dibakar.

Biasanya terdapat di gerai tepi jalan. Jangan terkejut pula jika lihat orang dari jauh pun sanggup  datang ke Terengganu semata-mata mahu makan sata. Memang berbisa betul makanan ni, resepi turun-temurun.

 

  1.  Kayu Keramat
    Dijamin tidak keras dan sangat sedap. Kuih kayu keramat ini lebih kurang seperti kuih cakoi, tapi dimakan kosong begitu sahaja. Rasanya pula sedikit manis, memang sedap dicicah bersama kopi atau teh.

 

  1. Tok AJi Serban
    Artistik betul nama kuih yang satu ini, rupa bentuk seakan-akan kuih seri muka. Kuih 2 lapis, sekaya dan pulut ini memang boleh buat anda kemaruk teruk sehingga menjilat jari. Tok Aji Serban antara kuih tradisi yang patut anda cuba jika ke Terengganu, biasanya dijual pada waktu pagi.

 

 

  1. Beke Ubi Kayu
    Beke ubi kayu juga antara kuih popular di Terengganu, sangat popular ketika bulan Ramadhan.

Diperbuat dari ubi kayu yang diparut, kelapa, gula pasir, gula merah dan tepung gandum. Kuih ini antara yang digemari oleh orang-orang terengganu dan mengimbau zaman kanak-kanak mereka.

 

  1. Nekbat Sira
    Sekali pandang memang nampak macam kuih bahulu, jangan terkeliru pula. Nebat sira ini rasanya sangat manis, ia merupakan pencuci mulut resepi tradisional Terengganu.

 

  1. Nasi Dagang
    Nasi dagang menu paling meletop di Terengganu, tak sah kalau anda datang ke Terengganu kalau tak cuba makan nasi dangang.

Sekarang pun kalau dilihat, di mana-mana sahaja sudah ada nasi dangang, tapi kalau mahu rasa yang original mestilah datang ke Terengganu, betul tak?

Jangan lupa datang Terengganu, menu makanan di atas sedang menanti anda semua.Hehe. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *