Blog

Tips Basuhan Kain Batik

Sudah menjadi kebiasaan, setiap rumah orang Melayu pasti mempunyai sehelai kain batik. Corak serta warnanya yang unik membuatkan ia menjadi kain yang istimewa dan mempunyai nilainya tersendiri di sisi masyarakat Malaysia. Berikut merupakan beberapa tips basuhan kain batik yang akan dikongsikan:

  1. Dilarang Menggunakan Clorox ketika basuh

Anda perlu memastikan bahawa anda tidak menggunakan Clorox atau sabun yang mempunyai bahan kimia yang keras selain daripada sabun mencuci baju anda. Elakkan juga penggunaan pelembut fabrik kerana ia boleh memberi kesan kepada pernafasan fabrik ataupun kain batik cotton anda. Kain batik cotton yang tidak boleh bernafas dengan baik akan menyebabkan warnanya mudah luntur dan juga warnanya kelihatan kusam. Pastikan anda tidak menggunakan peluntur yang boleh membuatkan kain batik anda tidak berseri.

 

  1. Jangan rendam terlalu lama

Kain batik akan menjadi cepat reput sekiranya anda merendam kain tersebut terlalu lama. Jangan biarkan ia begitu sahaja ketika membasuh, sebaiknya teruskan aktiviti mencuci anda sehingga kain tersebut dijemur. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada terlupa dan membiarkan kain batik anda terbiar dalam jangka masa yang lama. Rendaman yang terlalu lama juga boleh memberikan kesan kepada warna dan juga kualiti kain anda.

 

  1. Basuh Secara Terbalik

Anda perlu mencuci setiap kain anda secara terbalik, iaitu pastikan bahagian yang berwarna dan bercorak berada di bahagian dalam. Hal ini kerana, ia adalah untuk mengelakkan kain anda daripada terkena sabun mencuci baju secara langsung. Sabun ini bersifat panas dan boleh melunturkan warna pada kain batik anda sekiranya ianya digunakan dalam jangka masa yang lama. Dengan mencuci secara terbalik, anda boleh menjaga kualiti dan juga warna kain batik cotton anda dengan lebih lama dan masih berkualiti.

 

  1. Basuh dengan menggunakan tangan

Cara basuhan yang terbaik untuk kain batik cotton adalah menggunakan tangan. Hal ini kerana, cucian tangan merupakan salah satu cara basuhan yang paling lembut dan ini membolehkan anda untuk menjaga kualiti dan juga corak dan warna kain batik cotton anda. Penggunaan mesin basuh akan menyebabkan benang – benang kain batik anda akan mudah meregang dan seterusnya putus dan ia akan membuatkan kain batik anda kelihatan kembang dan juga sedikit rosak.

  1. Jangan terlalu kerap menggunakan berus

Anda boleh menggunakan berus ketika anda mencuci kain batik cotton anda, tetapi ianya adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggunakan apa – apa berus dan hanya menggosok lembut menggunakan tangan untuk mencuci kain anda. Namun, anda masih boleh menggunakan berus yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan elakkan berus yang diperbuat daripada plastik atau tembaga kerana berus jenis ini boleh membuatkan kain anda cepat rosak dan mudah reput.

  1. Jangan Memerah Terlalu Kuat

Anda juga perlu mengeringkan kain batik cotton anda dengan menggunakan tangan tetapi adalah diingatkan bahawa anda perlu memerah dengan lembut dan tidak terlalu kasar ketika memerah kain batik cotton tersebut. Pastikan anda memerah sehingga habis air cucian sebelum dijemur untuk mengelakkan kain anda menyerap terlalu banyak air. Cara pemerahan ini adalah untuk mengelakkan kain anda berkedut dengan teruk dan juga untuk mengelakkan urat benang kain anda rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *