Blog

Terokai Dunia Batik

Batik Lukis   

Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain. Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.

Batik Terap/Blok

Batik terap atau batik cop adalah kaedah mengghasilkan batik dengan menggunakan blok pengecop. Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam.

Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Blok tersebut akan dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Celup

Apa itu Batik Celup? Batik Celup atau juga dikenali sebagai Batik Ikat merupakan kaedah mencorak batik dengan cara mencelup kain ke dalam pewarna sebanyak beberapa kali.

Corak dan reka bentuk penerapan warna dirancang terlebih dahulu dan bahagian yang hendak dilindung dari pewarna akan dicorak dengan menggunakan lilit atau diikat ponjok. Lilin atau ikatan tersebut akan melindung warna sedia ada dari bertukar apabila dicelup kedalam warna berikutnya.

Batik Skrin

Pernahkah anda dengar tentang Batik skrin? Ia merujuk kepada kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna dengan menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster.

Pembuatan Batik skrin dibawa dari Negara Thailand dan dipraktikkan di negeri Kelantan pada awal kurun ke – 20. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *