Blog

T-Shirt Motif Batik/Songket, Kombinasi Moden & Tradisional

Hye semua! Bersua kita kembali.Hehe. Hari ni saya nak share berkenaan dengan design baju yang awesome! Pasti anda terpesona dengan design baju ni. Jom layan story ni!

Jika anda seorang yang berjiwa klasik atau vintage, pasti anda suka dengan design baju yang akan saya persembahkan ni. Ia cetusan idea dari orang Melayu kita.

Baju ini merangkumi dua elemen penting iaitu moden dan klasik. Jika anda mengenakan baju ini, pasti tampil berbeza kerana ada garapan tradisional Melayu di situ.

Hal ini kerana, koleksi baju t-shirt dari jenama My Kanda ini dicetak dengan motif yang digunakan pada batik dan songket yang begitu nostalgia dan klasik!

 

 

Antara Motif yang digunakan ialah Tampuk Manggis, Tampuk Kecupu, Bunga Pecah Lapan, Bunga Cendawan Tampuk buah Kesemak dan lain-lain.

Didatangkan dengan material kapas yang berkualiti tinggi. Secara peribadi penulis sangat menyukai rekaan pada baju ini. Meskipun ringkas namun ia dapat mengangkat kembali kegemilangan batik dan songket yang hanya dipakai pada hari-hari tertentu sahaja ini.Hehe.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *