Blog

Sufian Suhaimi Raih Followers IG 1 Million, Walaupun Terpalit Gambar Panas

Sufian Suhaimi atau nama manja baby Pian terus melonjak namanya di persada bidang seni. Baru Sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu kategori persembahan terbaik baru –baru ini.

Penyanyi dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Sufian Suhaimi meraih sejuta pengikut di Intagramnya (IG) hari ini.

Perkara itu dikongsi Sufian menerusi sebuah entri di IGnya buat tatapan umum.
Di entri tersebut Sufian memuat naik gambar memegang sekuntum ros beserta kapsyen ringkas.
“1 million followers appreciation post,” tulisnya.

Sufian telah memenangi kategori persembahan terbaik di pentas AJL 33 Ahad lalu menerusi lagu popularnya, Di Matamu.

Selain itu, kategori vokal terbaik dimenangi oleh Misha Omar dengan lagunya Sampai Bila sekaligus merangkul tempat ketiga.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Ara Johari menerusi lagu Bunga, dan kedudukan juara telah disandang oleh Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang mempertaruhkan lagu duet mereka iatu Haram.

Namun, heboh berkenaan gambar panas yang tersebar di laman sosial yang mirip figura Sufian Suhaimi. Dalam gambar itu Sufian Suhaimi terlihat memeluk erat seorang wanita free hair.

Setakat ini beliau mengatakan ramai yang mempunyai muka miripnya. Sekaligus menafikan yang gambar itu bukan dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *