Blog

Macam Tu Je Nak Pilih Yang Berkualiti ???

Pernah tak, selalu pergi kedai tapi tak tahu macam mana nak pilih Batik yang paling bagus kan. Jom saya kongsikan cara untuk pilih Batik yang berkualiti 👇🏻👇🏻👇🏻

Batik Sarung Noor Arfa
MATERIAL YANG DIGUNAKAN

Pemilihan material amat penting. Material batik yang dihasilkan dari tumbuhan seperti kain blaco, mori, dan katun. Batik yang dihasilkan dari material ini sangat tahan lasak, tahan cucian, tahan panas dan menyerap peluh. Manakala material yang dihasilkan dari haiwan seperti sutera bersifat tahan lasak tapi tak tahan cucian, tidak tahan panas dan mudah serap peluh. Manakala untuk material kain dari bahan sintentik pula seperti nilon, teteron, dan decron , tahan lasak namun tidak tahan panas dan tak serap peluh.

PEMILIHAN MOTIF CORAK

Begitu banyak motif batik pada masa kini. Misalnya batik parang, mega mendung, sidomukti, batik loreng, tiga serangkai dan banyak lagi. Semakin rumit motifnya, semakin tinggi nilai batik tersebut. Oleh itu, pilihlah batik dengan motif yang jarang dimiliki sehingga membuat batik anda terlihat ekslusif.

Pemilihan Motif Corak Yang Sesuai Ke Tempat Kerja Sangat Penting
PASTIKAN ANTI LUNTUR

Semasa memilih batik cuba test kain batik pada kulit. Batik dengan kualiti baik tidak akan meninggalkan bekas warna pada kulit anda. Jika warna batik melekat pada kulit, artinya kain batik tersebut kurang berkualiti karena mudah luntur dan warna pada kain cepat pudar.

SESUAIKAN DENGAN ACARA/KEGUNAAN

Pastikan anda tahu ingin menggunakan batik ini untuk acara formal atau casual. Jangan sampai tersalah pemilihan design ya. Meskipun batik, tidak semuanya boleh digunakan untuk acara formal. Untuk acara casual biasanya batik bergambar flora ataupun fauna dengan warna dasar terang. Manakala untuk batik formal dalam bentuk kemeja biasanya hanya dengan satu corak motif dan lebih elegan dengan warna yang lebih soft. Jika untuk kegunaan harian pula terpulang pada anda, kebanyakkan orang suka untuk pilih batik tiga serangkai.

Okay buat sesiapa yang masih mencari batik dengan corak yang menarik & berkualiti, jom dapatkan dengan Noor Arfa. Dengan pelbagai design dan jenis batik yang ada, anda hanya perlu pilih yang mana berkenan di hati.

JOM DAPATKAN SEKARANG!!!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *