Blog

Lawatan Timbalan Menteri Kewangan II Ke NACC

Sesi Turun Padang sempena Jelajah #Bajet2023 ke Industri Pembuatan Batik, Terengganu

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melawat Industri Pembuatan Batik di Noor Arfa Craft Complex, Terengganu di mana industri tersebut merupakan sebuah kilang yang tersohor dalam pengeluaran dan pengedar batik yang terbesar di negeri Terengganu dengan hasil pembuatannya yang teliti dan berkualiti.

Yang menariknya, kompleks tersebut dibina secara tradisional dengan seni rekaan Terengganu dan dalamnya terdapat pusat beli-belah yang turut mempromosikan dan menjual kepelbagaian produk pasaran tempatan seperti batik dengan pelbagai jenama, tempat pusat pemasaran produk usahawan tempatan yang salah satunya juga merupakan destinasi pusat pelancongan.

Portal Rasmi, Kementerian Kewangan Malaysia

Pada 9 September 2022, YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan bersama-sama warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu dan warga Bank Simpanan Nasional (BSN) mengunjungi Noor Arfa Craft Complex. Pada lawatan tersebut, beliau tidak melepaskan peluang untuk memcuba sendiri pengalaman mewarna batik di sini. Malah, beliau turut berkesempatan untuk masuk ke bahagian Noor Arfa Batik Premium di mana di bahagian tersebut hanya terdapat 1 corak sahaja di dunia bagi setiap koleksi di situ. Di bawah ini, saya kongsikan beberapa gambar sepanjang lawatan tersebut.

YB Tuan Haji Yamani Hafez Mencuba Sendiri Pengalaman Mewarna Batik Dibantu Oleh Staff NACC
Sesi Bergambar Staff NACC Bersama YB Tuan Haji Yamani Hafez
Di bahagian Noor Arfa Batik Premium
Sesi Pemberian Sagu Hati Dari YB Tuan Yamani Hafez kepada Noor Arfa

Alhamdulillah. Lawatan sudah berjalan ldengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II kerana sudi untuk turun padang di Noor Arfa Craft Complex. Kepada yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Noor Arfa Craft Complex, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *