Blog

Sepak Terajang Di Sebalik Nama Noor Arfa Batik

 

Hye semua, hari ini kita share pasal sejarah pula, sejarah apa? Mestilah sejarah Noor Arfa! Perjalanan yang penuh dengan cabaran dan rintangan sehingga lahir lah nama Noor Arfa. Sekarang, bila sebut pasal batik mesti ada yang suggest anda pergi ke Noor Arfa untuk mendapatkan produk batik.

Sebab apa saya cakap macam tu? Produk Noor Arfa ni terkenal dengan batik lukis atau canting. Sudah tentu ia merupakan batik asli dan eksklusif. Kualitinya tak payah cakap lah kan. Hanya yang membeli tahu akan ketinggian kualitinya.

Untuk pengetahuan semua, Noor Arfa merupakan pencetus kepada industri batik canting di Malaysia. Sebelum ini, memang ada batik dah sampai di Malaysia tapi bukan untuk batik canting tapi batik ikat dan celop serta batik terap atau blok. Ramai yang tidak tahu sejarah ini. Mungkin masyarakat keliru dengan jenis batik yang terdapat di nusantara ini.

Okey, Berbalik kita pada topik asal. Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970. Semuanya bermula selepas Puan Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70-an.

Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti batik di kampung halamannya. Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Di sinilah bermula segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraftangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan.

Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor Arfa ialah kaftan batik.

Di peringkat awal, produk nor arfa dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan rintangan dan tidak kurang penatnya. Menurut pengasas nor arfa, seorang pelancong memberitahu mengapa beliau tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. Rekaan yang lebih kontemporari. Kata-katanya itu bagaikan memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.

Menurut, Wan Mohd Ariffin pada peringkat awal, iaitu pada 1980 semua operasi dilaksanakan beliau secara separuh masa bersama isterinya. Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu.

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan pesat. Selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala Terengganu dan sebuah kompleks Batik yang diberi nama Nor Arfa Craft Complex (NACC) juga berdekatan dengan Kilang mereka.

Operasi ini dibantu oleh dalam 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan pelbagai produk batik. Noor Arfa Batik kini mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, Busana Mara dan Central Market. Empat di Terengganu iaitu Noor Arfa Craft Complex (NACC), Factory Outle @ KT, Airport Kuala Terengganu dan Resort World Kijal. Satu di Melaka, iaitu di Dataran Pahlawan

 

 

 

 

 

9 thoughts on “Sepak Terajang Di Sebalik Nama Noor Arfa Batik

  1. Aimi Nazira says:

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Aimi Nazira dari Kolej Tingkatan Enam sedang menjalankan kerja kursus pengajian perniagaan. Oleh itu saya berminat untuk menjalankan kajian tentang noor arfa batik. Jika tuan/ puan tidak keberatan saya ingin mengetahu jenis batik yang digunakan untuk kelebaran dan kedalaman produk yang dikeluarkan. Kerjasama tuan/ puan amatlah saya hargai. Terima kasih.

    1. noorarfa says:

      Waalaikumusalam, terima kasih kerana berminat. Aimi Nazira boleh hubungi nom ni ya 010 – 8258700 untuk keterangan lanjut.

  2. Aiman Tarmizi says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Aiman Tarmizi dari pusat Tingkatan Enam di SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak sedang menjalankan kerja kursus pengajian perniagaan. Dengan itu, saya sangat berminat menjalankan kajian tentang noor arfa batik. Jika tuan/puan tidak keberatan, saya ingin mengetahui lebih dalam jenis batik dan produk dikeluarakan. Kerjasama tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih.

    1. noorarfa says:

      Waalaikumussalam, Terima Kasih Aiman kerana berminat dengan Noor Arfa. Untuk keterangan lanjut, Aiman boleh hubungi En. Oslan di talian 019-914 2700 atau Aiman boleh tinggalkan no. telefon untuk kami hubungi dalam masa terdekat. Sekali lagi Terima Kasih kerana berminat dengan Noor Arfa, kerjasama dari anda amat kami hargai.

  3. noraida azura binti samsu anuar amran says:

    assalamualaikum saya noraida azurs pelajar stpm sekolah menegah sultan omar sedang menjalankam kerja kusus pengajian perniagaan dan memilih noor alfa batik sg kajian saya . oleh itu saya ingin mengetahui lebih lanjut tntng batik yang dikeluarkan dan pross ii pembuatannya bolehkah pihak cik membantu saya ?

    1. noorarfa says:

      Waalaikumussalam, Terima Kasih Noraida kerana berminat dengan Noor Arfa. Untuk keterangan lanjut, Noraida boleh hubungi En. Oslan di talian 019-914 2700 atau Noraida boleh tinggalkan no. telefon untuk kami hubungi dalam masa terdekat. Sekali lagi Terima Kasih kerana berminat dengan Noor Arfa, kerjasama dari anda amat kami hargai.

  4. Joe rahman says:

    Salam, saya berminat nak buat dokumentasi tentang Noor Arfa. Dengan siapa saya boleh berhubung?

    1. noorarfa says:

      Wslm, boleh hubungi Puan Wan Farhana di talian 010-825 8700

  5. Nur Amali Aishah says:

    Assalamualaikum saya Nur Amali Aishah, pelajar UITM Raub semester akhir terlibat dengan subjek keusahawanan berminat memilih Noor Arfa Batik sebagai model perniagaan
    Boleh saya menghubungi pihak Noor Arfa untuk dapatkan maklumat lanjut mangenai perniagaan Noor Arfa Batik mengenai ciri – ciri kecekapan perniagaan Noor Arfa Batik, jenis produk dan servis yang diberikan oleh pihak Noor Arfa Batik.
    Harap pihak Noor Arfa Batik boleh membantu saya bagi menyiapkan projek keusahawanan saya..
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *