Blog

Sentimen Melayu Hampir Membunuh Industri Batik

Saya menempuh pelbagai cabaran sewaktu hendak berniaga batik dulu. Tapi, lumrah lah kalau berniaga memang banyak dugaan yang kita kena tempuh. Lebih-lebih lagi kalau kita berniaga benda yang lain dari orang lain dan di luar kebiasaan.

Saya beruntung sebab saya harungi cabaran ini bersama isteri tercinta iaitu Puan Noor Hijerah. Beliau banyak memberikan semangat kepada saya. Kami saling melengkapi kalau beliau down, saya tenangkan dan begitu lah sebaliknya.

Cabaran yang paling kuat ialah apabila masyarakat di sekeliling kami sendiri tidak yakin dengan apa yang kami buat pada masa itu. Mereka memperlekehkan usaha murni kami dalam memartabatkan industri batik ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan indusri lain. Dan yang paling sedih ialah orang Melayu kita sendiri bertindak sedemikian.

Lebih menyedihkan ialah kebanyakkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti bank dan kerajaan pada masa itu memandang sepi dan sebelah mata sahaja terhadap hasrat kami. Mereka tidak yakin sangat dengan kami orang Melayu yang nak mulakan perniagaan tersebut. Namun kita tetap bejuang untuk meneruskan cita-cita tersebut.

Walaupun pelbagai cabaran melanda kami harungi bersama, sebab cabaran itu datang dari kalangan orang kita sendiri. Kita pun dah set dalam pemikiran yang kita bukan berniaga sahaja tapi kita nak ubah persepsi masyarakat setempat. Sebab itu lah mereka memandang rendah cita-cita kami.

Bukan mudah nak ubah pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu. Tambah-tambah lagi bila melibatkan benda baharu. Tidak hairan lah perniagaan batik pada masa itu hanya sekadar perniagaan belakang rumah sahaja. Mereka langsung tak berminat untuk kembangkan perniagaan mereka.

Sampai hari ini sekali pun ada yang mengangap bangunan kompleks ini milik kerajaan dan  seakan tidak percaya atas usaha kita sendiri. Perkara seperti ini tidak mustahil sebenarnya, asalkan kita mengurus perniagaan kita dengan sistematik. Tidak kira lah kita berniaga apa sekali pun.

Alhamdulillah. Kita bangga dan berpuas hati lah kita dapat membina empayar Noor Arfa sampai berjaya seperti yang anda dapat lihat hari ini. Perniagaan pun standing dengan bangsa-bangsa lain. Kalau dahulu dianggap mustahil untuk industri Batik sebesar ini, kini ia tidak mustahil lagi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *