Blog

Sedih Tawa Noor Hijerah Dalam Industri Batik

Noor Hijerah merupakan isteri kepada Wan Ariffin iaitu pengasas Noor Arfa Batik, “Raja Batik Sarung Malaysia”, “Jangan Pulang Tanpanya”.

Eh, automatik keluar Noor Arfa punya tagline. Hehe. Mereka bersama menguruskan perniagaan batik satu ketika dahulu.

Menurut Noor Hijerah, dalam perniagaan beliau hanya ikhlas untuk menolong suaminya sahaja. Tidak terlintas pun akan berjaya sebegini rupa.

Masa beliau tengah mengandung anak pertama iaitu Azwan juga merupakan Top Manager di Noor Arfa  Batik sekarang, beliau masih mampu melakukan kerja-kera berat proses pembuatan batik seperti merebus kain.

Ketika suami saya tinggal saya untuk menjalani kursus di Jerman selama tiga bulan, saya hanya bersama anak sulong saya iaitu Azwan.

Ketika itu beliau baru berumur setahun lebih dan baru boleh berjalan. Pernah satu ketika saya naik Beca dengan Azwan untuk menjual batik di pasar-pasar dan antaranya ialah Pasar Payang yang sampai hari ini masih ada lagi.

Saya perantau dulu, Terengganu bukan negeri kelahiran saya. Keluarga kandung saya semuanya ada di kampung. Tinggal lah saya keseorang di bumi Terengganu ini.

Saya seorang yang tidak suka susahkan orang lain dalam urusan keluarga saya. Saya tak minta pun tolong atau bantuan dari keluarga suami saya sebab tak mahu susahkan mereka.

Benar lah kan, pahit akan manis akhirnya. Berkat kesusahan dan kesabaran itu, kita dapat lihat lah kejayaan itu sekarang.

Ia seolah-olah membuat saya tersentuh di saat saya melihat kejayaan yang kami capai hari ini kerana saya dapat melihat di sebalik kejayaan ini berdirinya seteguh keperitan dan kekuatan diri. Saya masih tidak percaya dengan realiti yang saya miliki sekarang.

Suka saya tegaskan di sini yang saya bekerja dengan suami hanya lah untuk menolong sahaja dulu. Saya tidak berniat pun nak besar macam ini dalam perniagaan.

Saya juga tidak pernah letak target untuk ada kompleks dan kilang macam ini. Tapi, suami saya ada cita-cita itu.

Sebab saya takut gagal dalam perniagaan. Saya sudah ada pengalaman itu bersama dengan keluarga saya dahulu. Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya nak menolong suami saya dan saya lakukan semampu saya.

Dari dulu saya pentingkan disiplin, disiplin nombor satu bagi saya. Walaupun bersama dengan anak-anak dan keluarga saya tetap terapkan disiplin dalam diri mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *