Blog

Nak Cepat Kaya Bukan Keutamaan Noor Hijerah

Menyelami perbualan saya dengan Puan Noor Hijerah. Beliau merupakan pengasas bersama Noor Arfa Batik. Merupakan isteri kepada Encik Wan Ariffin, pengasas Noor Arfa Batik. Menceritakan pelbagai kisahnya sewaktu mula-mula nak setup perniagaan Batik mereka dulu.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut. Anda kenal belum Puan Noor Hijerah ni? Hehe. Kalau sebelum ini, anda mungkin hanya kenal dengan suaminya sahaja kan. Tapi, tahukah anda, berjayanya seorang lelaki itu pasti ada wanita hebat di belakangnya!

Bakat melukis ada pada Puan Noor. Beliau lah yang buat batik dari proses permulaan sampai lah proses yang terakhir. Manakala, Encik Wan pula terlibat dalam proses pengurusan dan pemasaran.

Dari proses melakar corak sampai lah proses merebus kain. Dalam hal ini kita dapat lihat kecekalan beliau untuk menghasilkan produk batiknya. Bercakap tentang produk batik, anda tahu tak apa produk pertama yang pasangan romantik ini hasilkan?

Produk pertama mereka ialah Baju Kaftan Batik Lukis Tangan. Masa permulaan dulu batik yang mereka buat ini adalah benda baharu. Anda boleh bayang sendiri bagaimana penerimaan masyarakat sekeliling tentang produk mereka.

Pada permulaan, pasangan ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat dalam menaikkan industri Batik Lukis Tangan ini. Apa lagi nak pastikan masyarakat sekeliling dapat memiliki dan membeli produk mereka.

Kata-kata Puan Noor dalam temubual masih saya ingat iaitu “Kita berniaga bukan nak cepat kaya ke apa, sebab kita tengok orang lain berniaga cepat naik dan cepat turun.” “Kita berniaga kita naik macam tangga, kalau kita tengok lah kan, kita tambah pekerja secara kosisten bukan mendadak, tapi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa”.

Dari petikan percakapan beliau dapat dirumuskan bahawa Puan Noor seorang yang low profile dan tidak hanya mengejar keuntungan dan kemewahan semata-mata. Kadang-kadang dengan sifat ini kita mampu mengawal aliran perbelanjaan seharian.

Terutamanya apabila menyebabkan pengurusan kewangan dalam perniagaan. Aspek ini paling penting, kita tidak boleh menggunakan duit syarikat untuk perbelajaan peribadi. Ramai yang gagal dalam hal ini dan akhirnya perniagaan yang diusahakan gagal.

Sebab adanya sifat nak mewahkan poket sendiri dulu tapi tidak untuk kewangan syarikat. Masalah ini lah sering melanda peniaga Melayu kita. Terlalu bermewah-mewah dan sifat ingin menunjuk yang tinggi dalam diri. Semua ini bagi merasakan diri mereka lebih daripada orang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *